Seharian Di Fraser Hill

Assalammualaikum pembaca yang dikasihi.

Okay , siapa kat sini pernah sampai Bukit Fraser? yass..Bukit Frasr ni tempat faveret baru aku. Aku akan datang lagi pada masa akan datang. Sebab apa? Selain sejuk, Bukit Fraser ni banyak keindahan alam..lawan kepada Cameron Highland yang banyak alam semulajadi telah berubah landskap menjadi Tempat bertani..dahlah tu semua nak jual Strawberri haha..apapun, itulah tarikan dia.


stail ke ?


Bukit Fraser? None.. tapi ada Hutan yang cantik dan mudah untuk diterokai. Plus kebersihan dia saya bagi 5 bintang, sebelum sampai sini kita akan sampai Kuala Kubu..jauh beza dari Segi Kebersihan. Plus Bukit Fraser ni semua lengkap.. dari Klinik, Pejabat Pos sampai ke Balai Polis. Kemudahan macam makanan , taman awam haha jauh lagi kelas dari Sentosa. Masjid pun ada dan inilah tempat paling cantik aku pernah pergi. Sejarah Bukit Fraser ni simple..dia adalah Bukit yang dihuni oleh Pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu suatu zaman dahulu , senibina bangunan dekat sini pun bercorak ala Inggerris dan sememangnye boleh menambat sesiapa sahaja yang sampai.

Oklah, jum teruskan dengan pengisian.


Aku dengan Khair gerak dari Sentosa pukul 2 Petang dan sampai kat Bukit Fraser sejam kemudian..memang dekat Fraser Hill ni dengan rumah kami..tapi jalan nak naik atas tu boleh putus urat kentut. Sampai je kat atas tu park  kereta terus menggelupur cari minyak cap kapak. Tapi terasa macam kepuasan je bila sampai kat atas tu , rasakan sendiri macam mana Malaya zaman penjajahan British dulu. Dari bangunan sampai ke nama jalan pun pakai stail British..and atas tu ramai pelancong..resort bersepah..so takyah nak seram sangat, kedai makan pun banyak pilihan..tinggal nak dengan taknak je..hehe. Tapi..kat sini makanan mahal sikit tau..lebih kurg je ngan hotel kat atas ni hehe..baik makan hotel ek.



Sampai Bukit Fraser aku nak cari kolam Allen, Allen ni nama peneroka awal Fraser Hill dan kolam ni dinamakan oleh dia. Juru ukur Tanah British yang merancang kepada pembangunan Fraser Hill melalui pembinaan Kolam Takungan. Tapi selepas merdeka, Fraser Hill melalui zaman permodenan yang hebat..jadi kolam tu tak sesuai lagi untuk menampung permintaan air yang semakin banyak..jadi lahirlah taman rekreasi dari kolam ni..bersih sangat..walaupun sedikit sunyi.




Selain tu , kat sini banyak trek untuk korg buat aktiviti Jungle trekking. Ada yang kena panjat,ada yang jalan macam biasa..terpulang la kepada trek yang kauorang pilih. Macam aku terjumpe trek ni pun sebab dalam misi mencari Istana Sultan Kelantan ( Rumah Singgahsana) tapi mati separuh jalan sebab kedudukan dia agak jauh dari Pekan Fraser Hill..and silap kitaorang kat sini tak bergerak guna kereta.. kat Fraser ni dari satu tempat ke satu tempat agak jauh tapi sebab cuaca baik and sejuk takdelah terasa sangat kepenatan dia. Berbaloi bawak family aku..lain kali kena recomend kat Ayah aku huhu.



Selepas puas berhuha dan bergambar , kitaorang turun balik ke pekan Bukit Fraser yang terletak jauh sikit dari tempat yang kami tuju tadi. Takkan itu je kan aktiviti? sebenarnya banyak tapi waktu tak mengizinkan sebab faktor jalan yang curam dan gelap..takut balik lewat nanti bahaya..jadi nak pergi sini better bermalam atau sampai awal pagi, aktiviti kat sini tersangat banyak tapi yang mendekatkan kita dengan alam semulajadi.  Nak shopping, beli strawberri bukan ini tempatnye.






Sebelum balik kitaorang minum dulu dekat Kafe Stail kolonial,harga pun kolonial haha..apapun worth my money sebab cafe dia sangat sesuai untuk bergambar dan masih mengekalkan ciri budaya zaman penjajah satu masa dahulu. Jadi kesimpulan dekat sini , Fraser Hill best sangat dan aku nak datang sini lagi dengan sesiapa je yg willing nk drive bagi pihak aku haha, Apapun ini macam Hang out la aku dengan Khair sebab kitaorang tak pernah keluar jalan sekali.

Malam tu makan nasi Lemak dengan Khair and Ayyip Robot, sedap nasi lemak tu , location at Dataran Sentosa. Just nak bagitau Khair belanja..sayang Khair haha May these two jadi org yang sentiasa dalam jagaan tuhannya..terima kasih sebab menerima aku yang sendu dalam hidup kalian.

Sekian sahaja :P