Seharian Berjalan di Genting Highlands : Berbaloi tak?

   Bila kita sebut tentang Genting Highland , apa yang first kita ingat? Ya..Genting Highland ialah satu-satunya Kasino di Malaysia.

Tapi ramai yang tak tahu, Genting Highland juga adalah tempat dimana Hotel Terbesar Dunia terletak disamping ianya juga menjadi Taman Tema Pertama untuk Century Fox di dunia. Bayangkan..betapa megahnya Genting Highland. Sejujurnya aku agak bangga sebab Genting Highland ni belakang rumah je kot. Keluar Pekan Sentosa malam-malam dah boleh nampak.

Sekarang ( masa aku pergi ) Genting Highland sedang melalui fasa pengubahsuaian yang maha dahsyat. Selesai Genting Premium Outlet projek ini diteruskan dengan menaiktaraf Awana Genting walaupun atas tu cuma ada shopping tapi orang yang datang tersangat ramai. Just imagine once Taman tu siap? Last aku pergi Genting zaman tadika dulu.. sekarang umur aku dah boleh ada anak sendiri dahh..hehe.  Apapun aku memang dah pasang hajat nak pergi Genting cumanya tak kesampaian..kenapa? sebab komitmen belajar dan kerja serta faktor kewangan. Genting memang mahal yer gais..parking sejam RM 3 , Naik turun cable car dah RM 14 , Makanan kat situ pun harga dia lebih sikit dari kat mall biasa..anggaran minima mungkin RM 100 kot untuk seorang..tapi apa salahnya, sekali seumur hidup. Genting Highland ni taraf antarabangsa dan sebagai seorang marhaen pandai berbalanja ikut kemampuan diri sendiri okay .



aku yang paling besar..teddy bear dalam group ni

Cerita aku nak ke Genting ni bermula bila si Daniel ajak , aku pun on , terus benda ni dihebahkan dalam group kelas. 7 orang je nak pergi haha sebab tarikh kitaorang nak pergi tu pun masa ramai balik kampung sebab ada wedding , ada yang balik kampung sebab raya. Macam-macam tapi apa yang penting kitaorang ni insan terpilih untuk jejakkan kaki ke Genting, cheewah .
Masa mula-mula nak pergi tu jani kol 10, tapi masing -masing terbabas jadi pukul 11. Takpelah, yang penting tak lewat sangat. Bukan apa pergi Genting elok siang sebab jalan ke situ agak curam dan gelap tak berapa sesuai untuk pemanduan. Okay , apapun bila sampai je masing-masing excited..rupanya ..semua spesis aku..last gi Genting zaman-zaman ribena , sekarang ni dah masuk zaman polident kot.


Ni ha..kepala dia

Kitaorang parking kat Genting Premium , dari situ naik cable car terus ke Awana Genting . Beratur cable car tu walaupun terasa lama tapi management dia bagus , applause untuk pekerja..sabar dengan attitude tourists yang banyak kerenah. Alhamdulillah , bila turn kitaorang nak naik..dapat jugak naik bertujuh satu Cable car, mula-mula naik terasa alahai sendunya..sekali dia pergi tinggi masing-masing gayat. Fuhh..seriously, aku asyik terbayang benda tu terputus siakk.. apapun alhamdulillah..selamat sampai. Sebelum sampai ke atas tu..dia akan singgah stesen tokong buddha , tapi kitaorang tak turun sebab nak cepat naik atas.


Muka sengal dapat naik cable car


Bila dah sampai kat Kawasan Awana, dengan mata kepala kitaorang menyaksikan sendiri taman Tema Century Fox yang pertama di dunia.. Ya Allah kagum sangat dengan tahap kejuruteraan negara kita dan pekerja yang bertungkus lumus siapkan. Sudahlah atas bukit..sejuk..tapi kerja tetap dijalankan , aku dah nampak gambaran Genting 10 tahun akan datang seriously.. Plus aku ingat stesen cable car ni biase je..rupanya tidak.. Stesen Cable car ni cantik sangat..Awana tu sendiri dah rupa Pavillion..bayangkan naik cable car pergi Pavillion..camtu la. Dalam tu banyak kedai makan , bar , barangan perhiasan , kereta dan macam-macam lagi. As for me and my group..kitaorang cari Tempat nak bergambar..jumpa spot baik punya..kat atas bar menghadap Taman Tema Century fox , tapi asal tah..gambar tu jadi tak cantik..sadis hahah. Takpelah at least Uncle tu ada effort nak tangkap gambar kitaorang.



sengetlah uncle haha..apapun thank you!


Lepas dah puas bergambar , semua nak makan..sampai Genting pun cari boat Noodles. Tapi Boat Noodles kat sini agak pricey ya..tapi kitaorang faham..tempat ni standard antarabangsa..aku rasa boleh bilang dengan jari berapa ramai orang Malaysia dalam tu. The rest are either Arab or Mainlander chinese, so it's okay yang penting kenyang dan puas hati. Tak jauh dari kedai tu ada macam muzium Ripleys Believe it or not..tengok  harga entrance masing-masing patah balik sengkek semua hihi. So,kitaorang teruskan perjalanan dalam area tu. Besar sangat Awana ni..seriously..double the size of Pavillon maybe? or equal to midvalley? oh ya, aku dapat free gift sebab ambik pamplet yubiso sebab ada amoi edarkan..yeay thanks yubiso!. Jalan punya jalan sekali kitaorang tiba-tiba tersampai kat snow world..seriously memang nak masuk..tapi satu je problem..problem tu tiket mahal plus we're running out of money..aih menyesal tak bawak cash banyak ..so tips kat sini bawak cash bebanyak yer.. memang ada ATM tu semua.. tapi jauh..dah sampai situ nak patah balik ATM..memang taklah..and guess what none of us have credit card. Lagi satu kesedihan.




aku yang sendu..

Lepas dah puas jalan kat area awana tu try cari Casino, konon nak tengok-tengoklah..tapi haremm tak jumpa..asal eh? mungkin Allah tutup hijab kitaorang dari kasino tu kot huhu..berkat doa mak ayah ni.
Elok-elok naik escalator tanpa arah tujuan terjumpe Malaysian street food.. tapi tak halal tau.. it's more like Malaysian non halal street food gitu lohh..tapi banyak yang halal kat sini macam McD , Wendys , Subway and so on. Kena pandai cari tu je keypoint dia. Sebab hari pun dah nak petang , kitaorang naik cable car balik untuk turun ke Genting Highland Premium Outlet. Sampai bawah tu kitaorang solat kejap and last minute shopping..tapi shopping donut.. bawak balik krispy kreme and Makanan Family Mart..I got my onigiri and Azim got his Udon. Cara orang sengkek shopping yer gaiss..
Masa nak bayar parking , fuhh anjat boboi RM 17 kau, ..mungkin mahal untuk orang yang takde income stable cam kitaorang but I think once in a lifetime tak salah.


Yang mana satu pilihan hati anda?




yang ni taken..so bukan pilihan hati anda tau haha

Masa nak balik tu aku review balik story IG aku.. nak tengok berapa ramai yang jeles. Haha, apapun thank you Daniel and Asetron for making this happen. Aku xtahu la kenapa aku dapat kawan-kawan yang baik macam korang..seriously..dah habis sekolah lamapun , bond tu kuat lagi and maybe this is the last trip with Asetron members before I embark on my new journey to university..papepun cuti sem jumpe geng..dah kahwin ke tak..member jangan palau haha. Trip kalini saya rasa berbaloi sangat..bukan sebab duithabis tapi sebab dapat spend masa dengan kawan sekelas..itu jelah catatan saya setakat ni
Sekian. Terima kasih!