Kota Kinabalu : Bandaraya Di bawah Bayu



Assalammualaikum.

Rasanya dah nak berbulan tak update blog. Sebab saya sangat busy yer.. dengan event-event , study , assignment . Kadang-kadang sedih kadang-kadang gembira. Tu termasuk komitmen lain macam berlakon , menari . Senang cerita memang betul-betul padat jadual. Fuhh..mengancam.

Tapi sebab sekarang tengah study week dan takde apa sangat nak buat , jadi aku decide nak update blog aku yang tak seberapa ni. Kalau masih ada yang belum tahu kini aku bergelar seorang penuntut di UMS Labuan (UMSKAL) .Life dekat labuan sangat rileks , barang asas mahal sikit tapi overall bolehlah..lagipun tujuan kita datang nak menimba ilmu , betulkan niat luruskan jalan.

Disebabkan masa cuti mid-semester yang lepas saya tak balik KL.Jadi ada rancangan sendiri dengan kawan-kawan nak pergi Kota Kinabalu . Rasanya ini kali kedua jejak kaki dekat KK, last pergi zaman sekolah rendah. KK ni boleh  kata pembangunan dia iras-iras Johor Bharu. Masih jauh kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur tetapi jauh meninggalkan bandaraya lain di Malaysia.  Tapi KK pada pengamatan diri ini adalah tersangat bersih kalau ikut standard bandaraya dalam Malaysia .

Seminggu sebelum pergi KK tu aku dah call Aunty. Mintak izin dia boleh ke nak tumpang tidur beberapa hari, nasib aunty aku sporting hehe. Sebab aunty aku kerja dekat Tuaran , xdelah jauh sangat dengan KK tu. Kira penginapan memang aku dh jimat . Untuk sewa kereta dan tour guide aku contact shakirah. Shakirah ni kawan aku masa sekolah dulu. Masa sekolah dulu, tegur-tegur macam tu je . Rasa pelik pulak kat KK ttbe ktaorg jadi kawan. Tapi takpelah, yang penting dia tak sombong and willing nak tolong perbelanjaan sewa kereta kat sana. Alhamdulillah.

Jadi harini aku akan cerita sikit perjalanan aku dekat sana. Maaflah ye kalau tulisan saya ni tak berapa best, sebab saya nak update blog ni santai-santai je. Penat la asyik study matematik dengan ekonomi.

Hari Pertama :


Sebelum pergi sempat juga beli cokelat , biasalah Labuan kot. Bawak buah tangan sikit untuk Shakirah dengan Aunty. Dua-dua suka cokelat hazel nut, jadi kita layan je la. Lepas dh shopping dekat Skypark Ujana terus pergi terminal Feri. Rasa macam nak pergi overseas excited dia..walhal seberang Laut je pun..haha. Tapi perjalanan dari Labuan ke KK ambik masa 4 jam tau. Dalam tu sumpah aku mabuk , tak boleh tidur , dengar pulak orang muntah-muntah. Menangis tau walaupun naik first class punya.

Syukurlah bila dah nampak KK, rasa nak nangis pun ada. Sesampai je di terminal Jessleton tu memang kepala aku berpinar tunggu waktu nak muntah. Yang tak boleh blah tu terus budak-budak yang satu feri pergi sekali dari Labuan ajak pergi Suria (Mall). Tak tahan wehh..terus call grab and tolak ajakan diorg, aku terfikir katil je masa tu. Moral of the story lagi elok pergi KK naik speedboat . huh...and to my geng sorry sangat sebab tak berdaya masa tu.



Senja jugak baru sampai rumah aunty dekat tuaran (kira-kira 30 min dari bandaraya KK) . Nasiblah aunty ni peramah , siap belanja makan lagi. Terima kasih aunty.

Hari Kedua :



Disebabkan hari kedua kepala aku pening lagi , aku call shakirah. Bagitau dia aku lambat sikit. Nasiblah member aku sorang ni memahami. Perjalanan hari kedua ni dalam bandaraya KK je. Sekitar UMS kampus KK and beberapa tarikan lain yang ada di KK. Rumah aunty dengan UMS KK tak jauh sangat tapi tetap ambil masa. Setibanya dekat UMS KK , inilah Universiti yang paling cantik aku pernah tengok. Serious ni tak tipu.. pelancong ramai dekat UMS KK, rasa la cemburu sikit sebab UMSKAL kan kecik. Tambahan, kami ( Aku dengan Farhan ) datang UMS ni pakai grab tau. Sebab kolej kediaman shakirah agak jauh dari tempat tumpuan di UMS, rasanya eloklah naik grab walaupun mahal. Selesai semua berkumpul..kami berempat . Aku , achap , Farhan dan Shakirah terus gerak guna kereta yang Shakirah sewakan.



Tempat pertama yang kami bertandang adalah Muzium perubatan UMS. Perhatian , nk berjalan dalam UMS bawaklah kad matriks korang..insyaAllah semua free..haha. Muzium perubatan UMS ni terletak dalam bangunan fakulti perubatan UMS. Dekat sini tak boleh bergambar sebab banyak mayat betul yang diawet.. dari janin sampai la orang dewasa. Jadi masuk dalam ni kena hormat la apa yang ditetapkan oleh pegawai bertugas.. kita berhadapan dengan mayat betul.



Selepas kunjungan ke muzium perubatan terus gerak pergi muzium Marin . Rasa macam hebat gila masuk UMS kampus KK. Muzium Marin dia padu dohh dah macam aquaria haha. Free entrance for student UMS, Serius tak rugi. Dalam muzium marin ni macam-macam jenis spesis lautan ada. Tapi aku tetap rasa penyu comel..tah kenapa.



Depan muzium marin ni ada kedai makan nasi campur. Pemandangan cantik , rasa not bad. Alhamdulillah kenyang. Lepas dari selesai makan terus gerak solat dekat Masjid UMS. Selesa, cantik dan memukau. Sempat bergambar sekejap sekitar Kampus UMS KK macam di ODEC sebelum bertolak ke Tuaran. Tuaran ni macam pekan kecil je, tapi apa yang popular di Tuaran kalau ikut kata orang KK ada kuda. Layankan je Shakirah nak naik kuda, sikit pun I tak teringin :"D.



Dalam tempat kuda ni sekali masuk akan dapat free drink . Korang boleh claim drink ini dekat restoran dalam Hutan Paya Bakau, kena berjalan sikit ye dari tempat kuda tadi. Cantik tempatnya..sesuailah nak bawa yang tersayang makan. Kalau single bawaklah kawan-kawan korang. Taklah forever alone sangat . Sesudah puas jalan-jalan dekat Tuaran terus gerak balik pergi KK.








Kalau dekat KL kita ada Taman titwangasa, dekat KK ada Taman Perdana apa aa, tak ingat,,tapi memang cantik kedudukan pun sebelah je dengan Pantai Tanjung Aru . Tempat ni sesuai la kalau nak santai atau beriadah petang-petang.  Alang-alang dah senja menyempat la pergi Tanjung Aru tengok matahari terbenam and ambiklah gambar sikit , karang mak aku tanye mana bukti pergi KK? boleh tayang.

Nak try makan seafood dekat Pasar Filipina? aku amat galakkan, cuma kena berhati-hati sikit je. Kalau dah pergi, sendiri tahu. Disebabkan, aku tak pandai order jadi aku memang berpandukan shakirah semata-mata, syukurlah ada kawan sekampung .Makanan yang dipesan datang dalam 5 jenis lauk set Nasi , harga pun okay. Tapi aku paling tertarik dengan Hinava. Buat sikit research baru tahu Hinava ni makanan asli orang Dusun.

Tapi yang aku geram si Achap tak makan seafood. Kemain dia promote Tawau harga seafood murah , tapi sendiri tak makan. Alahai..terpaksa la menyinggah ke McDonald. Nasib member kalau tak memang dah kena bedal. 


Sebelum balik hantar Shakirah ke UMS , sempat la jugak pergi tengok pesta lampu-lampu dekat KK.Nama shopping mall tu Oceanus kalau tak silap.  Macam I-City la lebih kurang tapi dalam skala atau saiz yang lebih kecil dan harganya pun jauh lagi murah. Ada juga  rumah hantu aku, tapi tak berani, dahlah drive malam kang ade benda lain ikut.



Hari Ketiga : Jalan ke Kundasang.

Sebenarnya memang tak plan  langsung naik kundasang. Konon nak jimatlah sebab mesti pakai banyak duit bila berjalan jauh ni. Tapi shakirah pesan dah smpai jauh-jauh ni naiklah..bukan selalu. Hmm redha. Aunty pun suruh pergi sebab itulah tarikan Utama Sabah. Jadi berbekalkan kudrat yang ada, aku drive dari penampang ambik si Achap ( rumah pakcik dia) patah balik ke Sepanggar ( rumah Razmi) terus naik Kundasang. Tambahan , shakirah tak ikut atas alasan tersendiri. Jadi bermulalah perjalanan.
Ada teori mengatakan kalau pandai drive dekat KL..InsyaAllah boleh drive dekat mana-mana dalam Malaysia. Redah la amir..selagi boleh. 

Untuk yang tak tahu, Kundasang ni kawasan tanah tinggi , tak macam cameron dan Fraser, tarikan dia adalah Gunung Kinabalu.  Dengan kemudahan yang dikurniakan Tuhan , berjaya juga sampai atas. Walaupun rasanya tulang belakang dah patah riuk sebab drive lama sangat .Hentian pertama di  kundasang ini ialah war memorial Kundasang.



 Sebenarnya ni adalah runtuhan bangunan zaman penjajahan tapi diubah suai semula menjadi sebuah taman yang boleh dikatakan cantik dan memang sesuai untuk bergambar.Ssekali masuk RM 3 sekepala. Kira banyaklah nama mereka yang terkorban diabdikan dalam memorial tu.Bersama la kita muhasabah sekejap tentang kemerdekaan yang kita dah kecapi.



 Selain tu,dekat kundasang tempat yang wajib dikunjungi ialah Dairy Farm, sekali masuk RM 5 per person. Dah sampai atas ni bayar je la. Tapi dairy farm ni ada certain  je kawasan yang boleh kita masuk, haha..end up beli susu bawak balik rumah Aunty. Tapi kira berbaloi sebab cantik pemandangan dekat sini, namapun New Zealand Malaysia. Bila dah puas tengok kawan-kawan Farhan dan Achap (LEMBU..HAHA) kitaorang bergerak ke loksai terakhir untuk harini iaitu Taman Kinabalu, maaf kami kurang bijak sebab aku pergi taman tu tak naik kereta, habis kena menapak jauh. Moral of the story bawaklah kereta dalam Taman ni..series tak larat weh nak jalan..walaupun sejuk. Taman Kinabalu ni adalah permulaan untuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.



 Selesai melawat ketiga-tiga kawasan ni kami bertolak untuk pulang semula ke tanah rata. Sebelum hantar razmi dengan Achap kitaorang singgah sembahyang dekat Masjid Bandaraya KK.. makan kejap and pulang ke rumah aunty. Tambahan, aunty tinggal sorang je dengan Hadif ( Sepupu ) dekat sini, since anak-anak aunty yang lain dh start sekolah dekat Johor. Thanks juga aunty sebab masakkan Kurma Ayam! , tiada lauk rasa sesedap masakan aunty.. hihi.

Hari Keempat :
Tak tahu nak pergi mana..kami bergerak ke Muzium Sabah. Aku memang suka muzium. Sebab melalui muzium kita belajar budaya sesuatu tempat dan Sabah sendiri agak berbeza budaya daripada negeri-negeri di Tanah Semenanjung Malaysia. Masuk adalah PERCUMA untuk pelajar, just tunjuk kad matriks ya.



Lepas dah puas cuci mata dalam muzium , kita solat kejap dekat Masjid Negeri. Elok-elok time tu Madam Sarimah umumkan result Business Mathematics . Syukurlah nak.. lepas.Masa tengah tunggu yang selesai solat aku contact Aswan yang ada kem PISPA kat UMS KK sebab rasa alang-alang dah dekat jumpa je la bawak di pergi jalan sekali ke Kompleks shopping Imago KK.




Sesaje..lama tak pergi shopping , sempatlah tengok wayang cerita Paskal. Dekat Labuan mana merasa semua ni..balik-balik Ujana kewangan dengan Airport . Kalau gempak sikit..bataras takpun Batu Manikar . Tapi syukurlah dari takde apa.

Hari Terakhir:

Sebelum balik , kemas-kemas rumah aunty . Adat menumpang kena jaga adab , nanti orang halau  kena sewa hotel,baru tahu . Sebelum bertolak pergi Stesen Bas Mahmakah lama , kami hantar kereta kejap kat UMS and settlekan jumlah bayaran sewa kereta dekat Shakirah. Siap pesan nanti kalau terjumpa dekat Sentosa roger-roger la..takkan nak tunggu raya baru jumpa ( ini tokok tambah je).

Perjalanan ke menumbok tu akan lalu kawasan macam Papar , Kuala Penyu dan sebagainya. Yang penting tak mabuk laut.. and I enjoy the trip, bersyukur juga tiket Feri Balik KK habis kalau tak mabuk lagi aku dalam Feri. Speeboat dari menumbok ke Labun cuma makan masa dalam 15 minit, kira okay la. Walaupun KK best tapi Labuan tetap dihati. Nak kata ini last time gerak KK? Tak jugak..insyaAllah more to come in the nearest future.

Sekian .

lepas ni jalan Brunei sekali nak? 








Kenapa UMSKAL?




Assalammualaikum  pembaca sekalian,




Hari ni aku terpanggil nak bercerita kenapa aku pilih UMSKAL sebagai Pilihan pertama aku. Yer,banyak yang tanya..kenapa tak sambung UNISZA ke? UiTM ke? ada je kos yang kau minat tu. Okay aku tak pilih Labuan sebab kos yang aku mintak je tapi ada juga sebab yang lain yang aku rasa aku patut mintak sini , ini aku senaraikan 3 sebab kenapa aku pilih UMSKAL dan mungkin pandangan kita akan ada perbezaan tapi kita lebih tahu apa yang tebaik untuk diri kita. Kan?



Ada 3 sebab kenapa aku pilih Labuan.
1) Pengalaman
2) Subjek ditawarkan
3) Pengembaraan


1) Pengalaman

Pengalaman mendewasakan kita. Semat dalam Hati. Aku nak belajar pengalaman hidup bila ada dekat sini, jadi perantau dan betul-betul berdikari. Bukannya selama ni tak berdikari tapi aku belajar dekat dengan rumah dulu..jadi setiap minggu balik haha. taknak ke sekali dalam hidup cuba rasa untuk duduk jauh , macam mana orang dari negeri-negeri lain datang merantau kat negeri kita dan sebagainya? tambahan, aku nak faham cara hidup masyarakat kat sini. Dekat Labuan ni je, ada banyak suku dan etnik yang tinggal. Belum sampai Sabah lagi..jadi cuba yang terbaik untuk belajar dari pengalaman dan gunakan sebagai panduan untuk hidup pada masa akan datang. Persoalan aku untuk waktu berbuka yang awal dah terjawab..ye subuh pukul 4 pagi lebih , kenapa seafood lagi murah..mmg boleh je nak baca google tapi kan lebih seronok kalau kita sendiri yang lalui?

2) Subjek ditawarkan

Kos kewangan Islam yang aku pilih ni adalah keseinambungan dari Diploma dulu. Subjek ditawarkan memang lebih kurang tapi aku rasa tertarik tengok subjek dekat sini. Sebab bila aku buat research, memang kat UMS ni lebih mirip dengan kita and pensyarah kita sendiri kat KPM pun galakkan kita datang sini macam Sir Bard, Miss Diyana, Madam Mas dan itu je yang aku ingat. Walaupun ada juga sedikit perbezaan tapi jujur aku cakap kat sini paling mirip.. Silibus UIAM dan IPTA lain pun okay,tapi hati aku tak terpangil untuk isi universiti lain sebagai pilihan pertama. But mungkin apa yang aku kata ini akan ada perbezaan dari student kpmbm yang lain, but for me inilah pandangan aku.

3) Pengembaraan

Hari-hari yang kita lalui adalah satu pengembaraan. Sabah , Sarawak dan Wilayan Persekutuan Labuan membentuk sebuah negara Malaysia apabila ia menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1963 lantas melahirkan bumi kita pada harini..dan bila kita kat KL..selalunya it's about Malay,Chinese,India dan Lain-Lain. Tapi siapa yang lain-lain tu? yess..etnik Bumiputera Sarawak dan Sabah serta orang Asal semenanjung,serani,siam dsb. Jadi untuk menghargai semua itu..mengembara la..bermusafir la jauh berjalan luas pemandangan. Siapa tahu bumi Labuan yang aku berada harini adalah Tempat yang paling bersih aku pernah sampai.. indah tak boleh disampaikan melalui tutur kata.. Banyak tempat untuk kita teroka dan Allah sendiri yang perintahkan umatnya untuk berbuat demikian..Travelling is indeed a beautiful experience

" Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, makan berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah ; kepada Allah jualah 
( kamu ) dibangkitkan hidup semula."

Surah Al-Mulk ayat 15


Anggaplah ini mukadimah untuk life aku sebagai seorang student disini..InsyaAllah , akan ada banyak perkongsian melalui penulisan diri ini yang tak seberapa.