Pengalaman Intern dan Kerja di Perodua Global :Perodua dihatiku

       Bila dengar je nama perodua, apa yang terlintas kat minda korang? Selain Myvi? 


Mungkin macam-macam jawapan yang akan aku peroleh setiap kali saya ajukan soalan macam ni, tapi kalau tanya aku.. Perodua ni tempat aku mengadaptasi dunia pekerjaan dan praktik apa yang aku belajar secara teori masa dalam kelas . Perodua ni mmg jadi pilihan aku sebab dekat belakang rumah je , senang nak balik masa rehat kalau ada apa-apa. Plus, Perodua sendiri adalah antara syarikat kereta tempatan yang paling popular di Malaysia lagi-lagi trademark dia Myvi. 

To make it short , first time aku sampai kat Perodua Global Manufact (PGM) aku dah siap pakai kemeja kerje warna putih , tie merah dengan seluar slack hitam . Hahahaha, budak-budak KPM banyak kali diingatkan supaya pakai pakaian yang formal and so on macam mana kita belajar dalam kelas Meeting and Interview Skills , tapi perodua sempoi je , janji sopan kasut bertutup pun lebih dari cukup. Masa first sampai tu ada orang ambil aku, orang HR, Kak Pija . Dia baik sangat , tunjuk apa yang patut kitaorang pakai, undang-undang basic kat Kilang Perodua semua tu, kalau ingat balik mmg xingat dah , dah lama dah..sorry, dah semakin lanjut usia.

Lepas dh ambik semua uniform,t-shirt terus bawa pergi office, first sampai aku jadi kekok semua orang perhati aku, apahal, haha. Aku duduk dekat hujung sekali sebelah Izzati Propa budak UiTM yg meletop haha. Seharian aku duduk termenung , jobless weh , aku tunggu masa nak balik , tapi yang bestnya orang kat PGM ni baik-baik semuanya , semua tegur aku , and aku masuk je dengan diorang walaupun umur kita orang memang banyak jarak. 

Perodua ni mengamalkan style kerje jepun macam kaizen, taisho,gemba apatah lagi aku tak ingat sebab dah hilang kertas panduan tu..hehe. Plus , makanan kat Perodua free weh! memang jimat la sampai kau taknak makan kau akan rasa bersalah. Sampai macam tu sekali, so pendekkan cerita hari-hari aku makan .. tak miss..plus orang-orang perodua ni macam-macam background,kita mmg kene pandai adapt sendiri , kena marah , kena tegur tu biase,jangan makan hati, plus kalau nak pengalaman nak kerje dengan orang jepun kat sini bolehlah. Boss aku jepun kot , apatah nama dia nishimura kot, selalu tersenyum and I try hard to communicate with him. Siap ambik gambar kot sama-sama ahahahah, aku ada kawan jepun .

Misi aku kat perodua ni macam xde la.. nak lepas intern and dapat duit tu je , takde goals langsung , walhal banyak benda aku boleh belajar. Tapi belajar tu masa dah nak bulan-bulan akhir aku berkhidmat. Aku masuk department account , dalam department account ni ada banyak bahagian. Aku dah merasa semua bahagian termasuklah costing, AP,AR,GL, Treasury. Plus kat PGM disiplin is on point , kedatangan kena sharp , wajib buat senaman taisho , and pakaian kena kemas plus pakaian ni untuk safety reason sebab kitaorang bekerja dengan jentera . Keselamatan memang penting sampaikan nak masuk beberapa shop kena pakai PPE semua , tapi itulah pelajaran yang aku belajar walaupun aku cuma budak Banking. Skop kerje orang kat perodua ni aku kena fahamkan.

Perodua Global ni dia hasilkan dua kereta . Satu Bezza dengan lagi satu Axia . Kereta yang aku sebutkan tadi jimat minyak teruk, RM 50 ulang alik KL kot masih full , giler tak best. Plus,aku masuk Perodua masa first launching Kereta Myvi Baru , telefon ke apa semua tak boleh bawak , polisi syarikat kita kena patuh , so aku macam beruntung dapat tengok kereta tu awal sebelum rakyat Malaysia yang lain. Perodua jugak aku belajar nak interact dengan engineer , apa semua jawatan tu.. yang tinggi-tinggi , diaorang ni memang tak sombong even kalau jumpe kat luar pun bertegur walaupun cakap last beberapa bulan lepas hahaha.. atoiyaii sebab perodua besar gais..staf dia banyak , mustahil nak kenal semua orang. 


Lepastu kat Perodua kitaorang ada perhimpunan Bulanan, tak sure la kilang lain ada ke tak . Masa Perhimpunan ni ada majlis pengisytiharan staf baru melalui penerimaan watikah setelah persembahan kawad dan ucapan. Perodua bonus banyak ooo.. hahah , so sesiapa yang nak gaji banyak sila apply perodua kay.. walaupun ada je macam pemberat kat tempat kerje tapi namapun kerja..mana ada yang happy je , stress,kecewa itu lumrah alam pekerjaan. Konflik kerja ada weh..gile xde .. just get through it and be happy, itu je nasihat saya..haha.

Plus the best part of Perodua ni... kawan-kawan sebenarnya. Lagi-Lagi yang rapat dengan kita. Walaupun umur jauh tapi perikatan tu kuat..well at least for me. Dari dinner, belanja makan , farewell celebration , wedding invitation , kawan yang bagi tips karier , semua tu pembelajaran secara tak langsung. Bila ikatan tu kuat akan lahirkan team yang kuat and for some reason I think Perodua did that very well. Gaduh-gaduh tu biasa..namapun manusia..teda yang perfect bahh.. but profesional and happy selalu...well at least try to.. and aku pernah datang lambat..haih.. lepastu kena ambik dengan staf hahaha . Malu lah datang lambat.. first time and last..




Kat Perodua jugak semua orang yang baru berkhidmat wajib berkawad and Datang kelas ( DOJO) itu sebahagian dari syarat nak berkerja untuk perodua. Aku rasa zaman aku masuk tu bertuah sebab kemudahan perodua dah upgrade.. dulu masa aku kecik-kecik perodua ni tersangat sendu.. sebab ayah aku dulu kerje perodua and banyak kali jugaklah aku buat ofis ayah aku macam rumah hahaha..dulu eh..zaman-zaman tadika.masatu perodua buat kereta apa kancil,rusa,kelisa..semua tu..Perodua memang bermakna la dalam hidup aku.. dari kecik sampai besar Perodua je.




Even masa buat CSR untuk Semester 3 , Perodua banyak tolong aku , macam bagi free-gift semua tu.. see untuk markah and projek sulung aku pun Perodua tolong.. and bila orang tanye aku. aku memang bangga cakap aku kerje untuk perodua , ayah aku kerje untuk Perodua and so on. Ok, plus Perodua ni terletak di Sungai Choh..HAHA..kampung aku. So my life technically revolves around Perodua. 

Apa lagi aku nak cerita? Pengalaman kerja? fotostat..susun fail tu biase tapi banyak je yang best macam pergi buat stocktake , gemba , pergi training dengan orang luar kalau nak cerita satu-satu karang nampak sangat aku overreact. Apapun Perodua memang best.. at least for me. Lepasni aku nak pergi jauh dari pekan Sentosa.. untuk 3-4 Tahun mungkin.. sedih rasa.. tapi aku nak merantau..aku tak boleh dah nk hidup kat Selangor , KL .. aku suke hidup kat sini.. yerla negeri sendiri kan..cumanya.. aku habis belajar nanti inilah tempat aku melalui proses penuaan.. so , haha..mau travel bossku. Plus , kalau nak Apply Intern kat perodua roger saya K..InsyaAllah saya boleh tolong.

So, that's all for now . Salam