Jalan-jalan Kelantan

Pengenalan

Setiap hari aku ambil upah jadi driver ladyboss , dari Bukit beruntung ke Pasar Rawang. Jauh tau. Aku ni duduk pedalaman Hulu Selangor ladyboss duduk dekat area Rawang Urban , tapi itulah demi sepitis wang saku aku sanggup , demi Kelantan aku rela.



Sebenarnya dah lama pasang angan-angan nak jalan kelantan , aku rasa dari sem 4 lagi . Ini semua puncanya sebab sem 1 pernah pergi Kedah and Penang naik ETS ,Dahsyat kan. Tapi mesti korg tertanya kenapa aku pergi Kelantan? senang je sebab ada member ramai kat sana. Ye lah ni la fungsi member , kerah diorg jadi tourist guide okay! ( Kak Ain , Lee , Ain Tyra , Abe , Pyka Rahimi , Hana shidae , Mat Bright and so on )
Tapi trip kali ini lagi bermakna dari pergi penang and kedah dulu sebab inilah first time aku pergi kubur kawan aku sendiri. Sedih tau huhu.. jadi kiranya jalan kali ni kita akan berjalan sambil ziarah Arwah Zul.






Al-Fatihah buat Amizul Shafiq


So , mula-mula aku nak batalkan perjalanan kalini sebab  cash yang aku ada senang betul outflow , macam air mencurah-curah . Sekali dapat mesej dari Bank Rakyat yg duit kads1m masuk , alhamdulillah , rezeki dan doa tu penting tau kawan-kawan . Terus aku beli tiket pergi Kelantan. Betullah,semua benda kena bermula dari niat. Seminggu lepas tu aku bertolak ke Kelantan menggunkan khidmat bas E-mutiara, servis semua tip top cuma aku agak kekok bila semua org cakap kelantan..Aku ni kan foreignor..bro sebelah cakap aku angguk je . Sebelum aku bertolak semua org pesan , masuk bas tidur je nanti sampai la, aku pun cuba.. tapi tak menjadi.. ya Allah barai..bersengkang mata dari KL ke KB tau , boleh jadi driver bas aku ni. Masa dalam perjalanan tu diorg singgah Perhentian Gua musang , I is barai,, terus beli kismis minda and air untuk kudapan dalam bas.




Sampai je Kota Bharu aku call Qili , dia tak boleh buat aku tertunggu aku ni orang asing kat sini . Pit stop aku ialah stesen terakhir. Turun je dari bas dengar azan subuh , damai betul, lama tak rasa macam ni. Sejam tak lama lepastu Qili sampai naik kete Myvi hitam , aku senyum macam kerang busuk tapi dia tarik muka masam. Maybe dia ada  Perasaan  malu sebab aku datang pulak tetiba mengejut tambah lagi dh lama tak borak . Tapi aku sebagai tetamu kenalah bersopan and everything went smoothly, kemonlah Amir Faris kot . First stop aku masjid , tak igt kat mana tapi dekat dengan pantai. Orang sembahyang pakai jubah , kopiah...aku sweater hitam , kasut nike and jeans ketat hahaha , budak kecik kat masjid tu usha je ,berzikir agaknya tengok aku.

Pantai Senok






Pantai ni memang cantik , macam style Nami Island kat Korea tau . Bunyi air laut sambil tunggu sunrise. Memang cantik sangat , lepas tu tengok boat nelayan pergi laut. Seronok eh rumah dekat dengan pantai, tak adil la siapa yg buat peribahasa kalau takut ombak jangan berumah di tepi pantai. Pantai ialah anugerah ditambah pula bunyi ombak tu terapi minda.Apapun Pantai yang paling dekat dengan rumah aku ialah Pantai Dalam, cantik jugak situ..banyak rumah hee..

Rumah Aqili




Lepas dah puas feeling kat pantai , qili ajak balik rumah dia. One thing yg aku pelik..banyak betul bendera korea kat sini.. I wonder , ni Kelantan Darul Naim ke Korea Darul Naim? hm.
papelah, sampai je rumah dia aku jadi malu balik , ye la kita orang Selangor kan pemalu . Tapi parents dia  baik sangat ,siap sediakan  nasi kerabu untuk aku jamah  for breakfast. Oh btw,Rumah Aqili ni keliling sawah padi , so view dia mmg cantik , ibarat rumah yg kita selalu lukis dalam kelas seni masa darjah 1 .. lukisan klise .. ada burung huruf M , Matahari celah awan.
After check in bilik aqili , aku pengsan kejap. Barai teruk...

Pasir Mas

My first Visit, Pasir Mas.
Tak berapa ingat kampung apa, tapi kira terer la jugak sebab kitaorang jumpa kawasan perkuburan ni tanpa bantuan waze. Takpe..kat sini tak boleh cerita panjang..berjurai air mata.
Tempat ni adalah tempat bersemadi jasad seseorang yg disayangi.. lega tertunai hajat nak ziarah kubur.. macam bermimpi. Apapun..sedekah kan al fatihah untuk Arwah Zul ya semua .

Sembahyang Jumaat




Dalam otak aku , mesti khutbah pakai dialek kelantan. Tapi itu hanya imaginasi liar sahaja , bahasa melayu standard je diorang pakai hehe. Masjid kat Kelantan tak besar  sebab mungkin banyak..selang satu tempat masjid selang lagi ada surau. So mmg sembahyang jumaat dia tak macam kat sentosa..selipar hilang yg selalu terjadi. Btw, aku naik motor jalan pergi masjid , terasa cantik kelantan ni. Menghijau je .. saujana mata memandang.

Kota Bharu




Jumaat kan cuti umum dekat Kelantan jadi selalu KB akan sibuk sikit hari jumaat. Tempat pertama aku pergi ialah Istana Jahar . Pada aku istana ni sgt cantik , terasa kemelayuan dia..senang cerita bandar Kota Bharu tu sendiri memang cantik, seni budaya melayu dia lain dari negeri lain..dari Pintu gerbang dia sampai ke pekan dia..semua lain..ye la aku kan peminat seni budaya melayu ni..so pada aku mmg cantik. Istana Jahar ni adalah istana Sultan Kelantan yang lama , kalau buat shooting drama melayu pun okay, cumanya tak dapat nak baca semua info pasal kerabat diraja Kelantan ni..sebab kitaorang sampai dia nak tutup dah..apapun Istana ni mmg terasa seni melayu dia, bayangkan aku pakai tanjak lengkap berbaju melayu hidup zaman fuedal , best kan? . I rate Kota Bharu second as my fave city.. the first one is Kuala Kangsar.




My Next stop is Pasar Besar Siti Khadijah. Ada sebab kenapa nama dia Siti Khadijah. Rata-rata peniaga adalah orang perempuan. Aku agak kagum sebenarnya , semangat keusahawanan orang Kelantan ni bagus. Jarang jumpa makanan siam..semua Kelantan cuisine..kedai ke bengkel ke semua set2 Melayu kita. So aku faham kenapa orang kelantan ni merantau mana pun mesti pandai bisnes..contoh macam member aku si tyra tu. Jual tudung , sarung tangan , kerepek and coklat..banyak lagilah .. cuma tak boleh nak ingat..apa yang aku ingat cuma dia pernah offer aku jadi dropship agent dia.. hahaha.
Pasar Siti Khadijah ni banyak barang mak-mak..okay untuk ibu-ibu bershopping. Apapun pada aku tempat ni memang lawa , pandai diorg refurbish bagi cantik..banyak mural..at least kalau tak beli apa-apa..ambillah gambar sebagai kenangan.


Sebelum pergi KB Mall aku pergi Street art dekat KB ni.. street art dia penuh keinsafan.. aku tak ambil gambar kat beberapa tempat area keinsafan ni sebab aku rasa macam tak sesuai..cukuplah sebagai kenangan kan?  Tapi ambil gambar kat area lain.. yang aku rasa okay dan menarik. Tu je boleh cerita.. tempat ni cantik dan bagus untuk didik jiwa kita. Bagus kalau Jakim Lukis benda ni di didinding -dinding area bukit bintang.. huhu.. jangan kecam! lariikk!




KB Mall ni macam last stop sebab kaki aku tiba-tiba sakit berdenyut..sabar je la.. KB Mall ni standard mall la kan? cari sabun and ubat ketiak je pun haha , nothing much, Oh..and sempat beli baju kat padini..buat stok jalan-jalan. Otw balik kaki aku makin parah..mmg tak larat jalan.. papepun Qili belanja aku sate malam tu.. sate dia sedap , cuma tak ambik gambar sebab mood dah takde..kaki sakit..hmm..terbantut la hajat nak pergi Wakaf Che Yeh.. balik tidur je dengan harapan kaki aku akan elok esoknya..


Esoknya still the same.. allah haha.. terus qili panik..wah macam menatang minyak yang penuh kan si aqili ni, caring habis. First time masuk Klinik 1 Malaysia..okay je servis dia? bayar RM 1 je.. aku rasa Malaysia ni best sebab benefit macam ni.. tapi Malaysia memilih kan? sabar je la. keluar dari bilik treatment kaki aku berbalut..kau bayangkan? nak balik KL ni..kaki sakit macam ni,,dugaan betul..

Wedding Sepupu Ain




So..sampai rumah  aqili aku baring je..sambil borak ngan qili..banyak pulak idea aku nak bercerita ,
Sambil tu text ain tyra and set time nak jumpa..cuma yg aku tak puas hati..dia ajak aku jadi rombongan pengantin! hahaha..ain ain..kesian faris tau , apapun family ain sporting .
Tapi itulah rezeki..first time pergi wedding kat kelantan, dapat la merasa culture dia..kalau johor ada bayar tol..selangor ada? emm budak ravor? whatever it is..wedding dia simple je..khemah untuk lauk and meja pengantin ..yg lain..ambil kerusi duduk la mana-mana..pada aku ini sangat zuhud tau.. berbelanja seadanya.. I'm not really sure kalau ini budaya Kelantan atau mmg pengantin bijak berbelanja . So..jimat lunch.. makan nasi ayam merah and solok lada ( betul eh ? ) .



Sebelum balik aku singgah rumah Ain Tyra sambil tunggu Kak Ain. Rumah Ain Tyra ni standard rumah golongan bangsawan kot, cantik rumah dia. Sambil tu borak-borak dengan mak dia ..aku gunakan saat ni untuk sampaikan hajat aku untuk dapat greenlight pergi kuil siam tengok patung buddha.yes..mak ain paksa diorg bawak aku , smart me. Nasib semua on ,kalau tak buat malu je dikecam. Perjalanan ke situ taklah jauh..cuma dalam perjalanan nak ke situ..aku tidur je..kak ain and ain tyra mesti serabut tgk aku .. well sorry , vvip deserves first class . :P . Sebenarnya letih aku tak hilang lagi dengan kaki aku yang berbalut, maybe effect dari ubat yang aku makan.

Kuil Siam 



Finally, here you go my last stop , Kuil..emm tak ingat nama dia..tapi kuil ni dpat masuk Malaysia book of records sebab patung naga dia terpanjang..plus ada statue buddha yang sangat besar..fascinated by the views.. I get my camera and went for a little photo shoot session, yup.. you just can't get rid of my celebrity wannabe attitude ( please jangan kecam ) .. masa tu memang bergambar sakan..sebab nk balik KL kejap lagi..bergambar puas-puas..sebab lepas ni macam tak jumpa lagi.. ye la duduk jauh masing-masing, yang dekat area selangor pun palau aku.. Inikan pulak kat kelantan .



Balik KL

Masa otw pulang ni , aku tertidur je dalam bas.. sedar-sedar dah sampai bukit beruntung. HAHA. Actually ada benda yg aku nak cerita masa sebelum aku naik bas untuk balik.tapi biarlah ini jadi kenangan untuk aku sorang. Apapun ..Terima kasih qili, kak ain and ain tyra sebab jadi partner in crime saya and layan sebaiknya saya sebagai tetamu. Nanti masing-masin dah berjaya jangan lupakan faris ye..walaupun cuma semalam tapi kenangan tu sampai bila-bila akan terpahat. Rindu Kawan-kawan KPM

Thanks for reading btw.