Kolej Professional MARA : Bandar Melaka

Assalammualaikum ,


KPM? apa tu? itulah yang semua orang akan tanya balik dekat kita,bila kita kata belajar dekat KPM..stress haha. Jadi harini naklah cerita pasal KPM . KPM ada enam kampus . Kampus Indera Mahkota paling besar kalau tak silap. Kampus paling cantik haruslah Bandar Penawar. Kampus paling jauh KPM Ayer Molek kot? hihi..KPM Beranang paling lama,KPM SI banyak hantar student overseas..and last but not least , yang paling kecil saiz dan jumlah pelajar and paling tak femes..KPM Bandar Melaka.

Tapi , KPM bandar Melaka ni walaupun kecil kami dekat betul-betul kat tengah bandar. Dalam Bangunan Graha Maju. Bersebelahan dengan UiTM Bandaraya Melaka. Asrama ada dua satu Taman Kesidang satu lagi Tun Ali. Tapi selalunya student KPMBM suka sewa luar dari duduk dalam sebab bebas.Kalau duduk dalam banyak peraturan and choice untuk buat aktiviti pun kurang. Melainkan kalau kau jenis yang main fon atas katil..baiklah duduk asrama , ehehehe.

Asrama Kesidang ni menyaksikan segala-gala aktiviti di KPM BM..sebab kami takde dewan besar, takde padang..jadi mengharapkan Taman Kesidang je la..dekat sini asrama tak macam asrama KPM lain. Asrama kami lebih kepada Taman perumahan yang ada 25 biji rumah..keliling semua kampung -kampung , ada sekolah..depan ada klinik kesihatan. So seronok la jugak..nak pergi Bandar Hilir pun dekat kalau naik bas. Kalau dari Kolej merangkap area Asrama Tun Ali, hanya 1 km je dari Bandar Hilir, tapi bukan ikut jalan raya. Ikut lorong-lorong menyusuri sungai..tapi kena pandai cari la..once korg dh tau..hari2 la pi Bandar Hilir.

Tapi student KPM BM tak selalu pi situ , sebab kami lebih prefer AEON , lagi best AEON sebab lagi  dekat and complete semua . Kalau kelas cancel , inilah tempat kami berjimba..huhu. By the way, dekat KPM BM batch aku banyak orang Selangor/Kuala Lumpur..negeri lain minoriti je hoho!..for those yang tinggal di Sabah and Sarawak,don't worry ada yang akan guide anda . MPP mesti ada satu Sabahan atau Sarawakian..so kalau ade problem boleh refer kat diorg.

CAKAP PASAL COURSE :

Diploma Islamic Banking and Finance ( DBF)

-Course DBF ni syaratnya kena "A" matematik untuk PIP student . Kalau lepasan SPM pastikan Math korang ok tau!. Sebab DBF banyak pakai Maths compared to other course. Tapi kalau kredit pun dah okay, cuma jangan la ambik selamat je..pastikan lebih lagi. Sebab KPM ramai student nak masuk and dia ada kuota..lainlah kalau ada yang pakai orang dalam..itu tak tau.Tapi dosa tau macam tu .

-DBF kita akan mula dari belajar conservative dulu, bila dah semester 3,4 dan 5 baru belajar Islamic Banking and bila naik sem 2 korang punya FLG atau foreign language adalah Bahasa Arab..hehe. For those yang tak ada basic , cool je..sebab Bahasa Arab dia ala-ala tadika gitu..baru nak kenal huruf Alif,Ba,Ta tapi jangan ambil mudah ye..sebab ada je yang repeat .

Untuk subjek lain mestilah Akaun,Ekonomi,Maths, Marketing,English and Penghayatan Islam. Belajar fully english , tapi kadang2 lect cakap je dalam bahasa Melayu..jangan risau ok?. Mengenai Pointer, 3.5 dah COPA..yes kids we don't have Dekan here..we're college students..huhu. Tapi kalau straight 5 kali COPA nanti masa grad dapat MOPA , which is the highest ranking/achievement for us KPM students..so apa lagi? kasi pulun!.

Mengenai pembayaran, it's completely free ..dapat elaun RM 300 lagi..tapi jangan membazir,jimat la duit tu tau.Sebab kalau kita kira balik 10 kali 30 baru 300..maksudnya sehari kita cuma belanja RM 10 ..pepandai la bajet ye. Tapi selalu tak cukup pun , jadi macam2 insentif kitaorang ikhtiar. Buat Bisnes, Tone excel , puasa , makan share..tapi itulah life sebagai student , kenangan sekali seumur hidup

DIPLOMA IN ENTREPRENEURSHIP

DeN student tak ramai, setiap intake around 50 something compared to DBF . Tapi jangan tak tau, DeN ni sangat dipandang tinggi oleh MARA . Sebab sekarang MARA nak membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar ..cehh 

Semester 1 DeN okay je , bila dh Sem 2 ke atas meniaga is 50% of your assessment , 50% berpandukan teori . The best part is Student DeN ni berani and kreatif , well business person kan.
Kalau nak beza budak DeN and DBF senang je , budak DeN ni jenis yang gila-gila and ada ja student DeN ni artis tau..hehe , femes la jugak..so apa lagi?

PIP

Program ni untuk baiki markah SPM , macam Pra-Diploma kalau dekat UiTM , jadi kalau tak kredit pun peluang ke KPM tetap ada tau!

Mengenai Lecturer

Madam Zarina
My favee lect , ajar Business Maths and Statistics . Baik and lemah lembut orangnya . Mother type and very caring

Madam Zaefina
Fave jugak , selalu bagi tazkirah . Ajar Micro and Macro

Madam Suriani
Paling best! hehe , baik and sporting dengan students

Basically lect kat KPM semua best , macam sekolah je environment dia.. Cumanya janganlah tak hormat lect, kata Professional..kalau angin diorg tak baik jangan la lawan . Sayangilah Lecturer anda haha

Pasal Makan .

Kat KPM BM ni paling famous ialah medan MARA , makanan sedap and murah . Tapi make sure datang awal sebab selalu je berebut tempat dengan students UTeM, Micost,UiTM and Orang2 yang kerja office around there.
Lain2 , ada Kedai Mak Long , Subaidah ahh banyak lagi..sepanjang jalan Hang Tuah Mall tu ada je gerai yang akan memenuhi cita rasa students hehe.. Kalau gegirls uolls mesti suka lepak kat Cherita Vendour * betul ke eja?

Pasal Pengangkutan

Bas Panorama ke Pokok Mangga untuk ke Asrama Taman Kesidang . Kalau tertinggal bas ke kolej naik je Pokok Mangga. Sebab KPM ni mmg tengah bandar..nak tak nak bas akan lalu gak kat kawasan kolej.

Pasal lain..ha masuk dulu..KPM BM ni walaupun paling kecik tapi paling best..kalau tak percaya tanya students KPM lain hehe