Erti Kehidupan - Pengenalan











Noor Amin Zahari bin Noor Bazli - perwatakan yang dingin sering dinaggap "cool" oleh gadis-gadis di sekolahnya mahupun kenalan, bagi kawan lelaki , mereka tidak senang akan sikap amin yang bengis, dingin dan sentiasa selangkah dari mereka. Adat Melayu , tak boleh lihat dia lebih senang, pasti ada sahaja cara untuk jatuhkan Amin. Amatlah malang buat mereka kerana kejatuhan yang pernah dilaluinya mendewasakan dia dan meluaskan pengalamannya. Sudah semestinya dia mewarisi kepintaran dan kesabaran ayahnya , Profesor Noor Bazli yang merupakan rektor di Universiti Teknologi Malaysia.


Nabila Aryanna bt. Ismail - kehadirannya dalam hidup amin hanyalah seketika , menanti cinta yang diharap akan dibalas..namun hari berselang hari , tiada jawapan. Hanya mampu bersedih dan teruskan kehidupan yang penuh dengan masalah keluarga yang akhirnya memberikan dia lebih kekuatan dalam mencari keredhaan Alah yang esa. Kawan baik , setia, periang dan penyayang dan mampu tersenyum walaupun dilukai oleh Ayahnya sendiri.

 Intan Nazira Ayu  bt . Azmi - sentiasa selangkah dari "Abang Sado" yakni Amin . Kedua ayah dan ibu telah pergi menghadap ilahi ketika dia masih belajar untuk mengenal dunia. Hal ini menjadikan dia lebih kuat dan sentiasa tabah untuk membantu mereka yang memerlukan. Pelajar cemerlang di SMK Bukit Sentosa . Senang didampingi oleh rakan-rakan dan mendapat tempat di hati setiap guru , dialah yang gadis terbaik yang pernah muncul dalam hidup Amin.


Erti Kehidupan - Cerita mengenai seorang remaja yang sentiasa mahukan sesuatu yang berlainan, kehidupan sempurna yang dimiliki bukanlah untuk seseorang sepertinya, kerana dia adalah seorang yang sangat suka akan cabaran . Kematian Aki telah menyebabkan dia dihantar ke kampung halaman ayahnya untuk meneman nenek . Barulah dia tahu erti kesepian , kesusahan tapi dia lebih gemar berada di sini kerana dapat menikmati keindahan untuk berjalan kaki ke sekolah , tidur di dalam kelambu, segalanya sangat berlainan ketika di bandar. Nabila Aryanna muncul dalam hidup Amin , gadis kacukan Melayu-Arab ini mempunyai kisah silam yang menghantui dirinya,Kebaikan dan Nasihat Amin menjadi penarik untuk terus bersama dengan jejaka pilihan ramai itu, tetapi dia sedar dia tidak mungkin dapat menepati cita rasa gadis pilihan Amin . Kemunculan Nazira Ayu dalam babak hidupnya merubah segalanya.Ketua Pelajar SMK Bukit Sentosa , Ketua Projek Saintis Muda Selangor , Penulis Novel remaja terbaik dan segala pencapaian yang berprestij. Tiada beza antara Nazira dan Amin , keduanya sama sempurna, cumanya Nazira lebih menarik dan melembutkan hati kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Terserlah keayuan dan ketenangan yang mampu membuka hati setiap insan tidak terkecuali Amin ..kesempatan ini digunakan Nazira untuk membawa Amin menyertainya dalam membantu pelajar -pelajar Sekolah di Sekolah tersebut yang bermasalah dan setiap dari perisitiwa tersebut mereka dapat sesuatu yang lebih bernilai dari wang ringgit, iaitu pengajaran .
Peristiwa ini berlaku kira-kira sedekad lalu dan kini Amin menjadi Profesor Fizik di German-Malaysian Institute di Bangi . Setiap hari dia membaca satu per satu diari tulisan Nazira yang dia tinggalkan buat Amin dan dirinya menyepi entah dimana .

Mampukah persahabatan mereka bertaut semula? dimanakah Nazira? siapa Nabila?
Akan datang babak 1.. "Pemergian yang tersayang"