Erti Kehidupan - Bab 1 ( Pemergian yang tersayang)



"ok class , please submit your assignment before next week , especially Andik and the gang, I'll deduct your marks if you wish for me to do so" Profesor Dr. Amin Bazli sentiasa memberi peringatan kepada pelajarnya akan kerja kursus dan tugasan yang diamanahkan, Bukan apa pelajar masa kini semakin malas dan liat menuntut ilmu . Hasilnya , hanya yang benar-benar rajin sahaja yang berjaya.Apabila lebih ramai pakar dari luar negara dibawa masuk mulalah jadi juara kampung menyalahkan pihak Universiti yang tidak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu. Sampai begitu jadinya. Tetapi itulah hakikatnya, dia adalah pemangkin generasi akan datang , tidak boleh mengalah dengan mudah.

Tamat sahaja kelas , Amin akan kembali ke pejabatnya yang terletak di tingkat 1di bangunan Utama . Dia adalah antara pensyarah termuda di Institiut Malaysia -German (GMi) dalam bidang Fizik . Dia sering berhasrat untuk mengikut jejak langkah ayahnya, Profesor Noor Bazli yang sememangnya terkenal dengan kaedah-kaedah fizik baru seperti Projek Nuklear yang lebih selamat . Seperti penysarah-pensyarah lain , dia akan menghabiskan kira-kira 4 jam sehari di pejabatnya dan  menanti para pelajar yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran untuk bertanyakan masalah yang dialami . Malangnya, budaya pelajar bertemu dengan pensyarah semakin meluntur. Masa tersebut hanya dihabiskan dengan membaca jurnal Nikola Tesla yang baru dibukukan.Sempat juga dia mehabiskan surah Yassin. Tapi satu batang hidung pun masih belum mucnul untuk bertemu dengannya.

.Sedang dia khusyuk membaca,telefon bimbitnya berdering dan nama yang tertera pada skrin ialah Hasif,tanpa melengahkan masa dia terus menerima panggilan itu. Hasif Ikhwan ialah kawan baik Amin ketika sama-sama menuntut di Universiti Berlin dan menjadi dua orang anak Melayu pertama memperoleh Ijazah Sarjana kelas pertama dalam bidang Astro-fizik . Harapan dua anak muda ini untuk menjadi angkasawan belum pernah terpadam, mereka sentiasa membuat persediaan untuk ujian kelayakan calon Angkasawan yang akan diadakan di Putrajaya, tidak lama lagi. Mereka mungkin menjadi Angkasawan Malaysia yang ke 3 dan ke 4 selepas Sheikh Muszaphar dan Faiz Khalid.

"Salam,bro"
Amin memulakan perbicaraan , perbicaraan mereka rancak membincangkan isu -isu semasa dan ada kala diselang seli dengan hal kerja dan sebagainya. Sudah menjadi kebiasaan, mereka akan sentiasa berdebat walaupun ketika berbual santai mahupun ketika makan bersama . Amin sudah pasti mempertahankan pendapatnya dan Hasif akan sentiasa membangkang dengan memberi cadangan yang lebih bernas.Keduanya saling tak tumpah seperti menteri-menteri yang berbahas di parlimen . Tetapi itulah yang menjadikan mereka kawan karib , saling melengkapi satu sama lain.Belum sempat Amin meletakkan telefon , Hasif menyatakan hasratnya  untuk berkahwin dengan gadis pilihan ayahnya . Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh Amin untuk menyakat Hasif sambil ketawa terbahak-bahak " bukan dulu kau yang nak kahwin pada usia tua? sebab masih subur walaupun dah berusia veteran ?? " dia terus menyakat dan gelak dalam masa yang sama dia turut tumpang gembira kerana kawannya bakal menamatkan zaman bujang.

"Sampai bila bro? , kawan-kawan kita dah ada yang kahwin tiga , ada yang enam orang anak " tegas Hasif. Dia sedar inilah waktu yang terbaik untuk mendirikan masjid Allah dan meramaikan umat Nabi Muhammad .Lagipun gadis pilihan Ayahnya begitu tepat dengan citarasa nya yang sedikit memilih.

"Ye lah , aku gurau je, lepas kau kahwin,entah kau ingat aku lagi ke tak?" Amin menyindir kawan baiknya itu .
"kau bakal jadi pengapit aku bro , aku nak kau kenal dengan future wife aku, kalah Rozita Che Wan "
Ujar Hasif . Dia benar benar berharap Amin sudi menjadi pengapit ketika hari bermaknanya yang cuma datang sekali seumur hidup.
Amin hanya tersenyum sinis, dia sudah lima kali menjadi pengapit kawan, sepupu dan kenalan rapat yang lain. Tapi ini perkahwinan kawan akrabnya sendiri, mustahil untuk dia katakan tidak .
Amin setuju akan tawaran kawannya itu sambil bergurau," kau carikan untuk aku juga? boleh kau pulak jadi pengapit aku esok " . Amin gelak sendirian dan gelaknya disambut hasif .

------------
Malam hari pada hujung minggu adalah hari ulangtahun anak buah  kesayangannya, Rayyan. Dia mencatat kemas dalam jurnal hariannya . Belum sempat sampai rumah dia telah singgah di kedai mainan terkemuka, Toys R'Us untuk membeli mainan buat anak buahnya itu . Majlis kali ini diadakan di kediaman kedua ibubapanya di Bangsar, Kuala lumpur . Kerana kebanyakan yang menghadiri majlis itu adalah kawan kakak-nya , dia lebih selesa duduk  bersama kedua orang tua-nya.

"macam mana kelas min? how was it? any student buat hal lagi? need any tips from me? " tanya Profesor Noor Bazli, mantan rektor Universiti Teknologi Malaysia yang juga ayah kepada Amin . Puan Sulaiha yang berada di sebelah hanya memasang telinga mendengar perbualan dua beranak itu.

"everything is just okay"jawapnya ringkas.
Hari ini merupakan ulang tahun anak buahnya , Rayyan yang ke 2. Rayyan adalah anak kepada satu-satunya kakak Amin , Amnina . Amin mempunyai tiga orang adik beradik ,yang sulung Amnina diikuti oleh dirinya dan yang paling bongsu , Amizan . Amizan meninggal ketika berusia 9 tahun kerana menghidap penyakit Barah Tulang. Barah yang dihadapi Amizan hanya dikesan ketika ia sudah berada pada tahap  4 dan sememangnya tiada harapan sembuh. Pemergian Amizan banyak meninggalkan kesan kepada Amin , kerana perbezaan usia mereka hanyalah setahun . Oleh sebab itu , dia banyak melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan kebajikan  penghidap kanser dengan harapan mereka mampu memperoleh sesuatu sebelum pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

"min?bila min nak bagi cucu dekat ibu?" ujar Puan Sulaiha, ibu kepada Amin dan isteri kepada Profesor Bazli. Amin hanya diam nak menundukkan kepala. Belumsepatah perkataan keluar dari mulutnya untuk memulakan topik lain, Puan Sulaiha mula menitiskan air mata.

"I miss Amizan bang" sayup sekali suara Puan Sulaiha . Amin juga berasa sebak tetapi masih dapat menahan air mata. Air mata mula membasahi seperti anak sungai di pipi Puan Sulaiha. "Nampaknya,ibu rindu benar akan Amizan" ,amin bermonolog.
Amnina tiba-tiba muncul dari belakang dan menyapa ibunya yang kelihatan benar-benar sedih ,
"Ibu? ok tak? " Amnina mula risau akan ibunya,  Puan Sulaiha boleh terkena serangan asthma sekiranya dia menangis teresak-esak.

"Dah,jangan nangis, apa yang dah lepas.."belum semput Profesor Bazli menghabiskan ayatnya Amin terus menyampuk. " Amizan dah pergi bertemu Allah, Amin janji amin akan bawa zuriat dan menantu buat ibu dalam masa terdekat ". Dia mengeluarkan ayat itu secara spontan tanpa memikirkan akibatnya .Dia bertindak demikian kerana tidak mahu ibunya terus bersedih. Kesemua ahli keluarganya terdiam dan merenung tajam ke arahnya ,"InsyaAllah tahun ni,mak..abah" tekadnya walaupun dia sedikit ragu-ragu dengan kata-kata yang dia ucapkan tadi ,hasratnya cuma ingin memulihkan kesedihan ibunya.

------------



satu per satu tetamu mula meninggalkan majlis .Dari sesi memotong kek,jamuan,bacaan doa, dia merakamkan gambar dengan kamera Iphone 6 yang baru untuk tatapannya kelak dan juga untuk dimuatturun ke dalam Akaun Instagram. Selesai majlis, Rayyan dan Amnina masuk ke bilik untuk tidur, begitu juga dengan Puan Sulaiha. Kini cuma tinggal tiga hero Malaya yang telah diamanahkan untuk mengemas kawasan rumah mereka yang kotor dan bersepah . Hero pertama, Profesor Bazli , mantan rektor Universiti teknologi Malaysia (UTM) dan juga seorang datuk yang penyayang. Diikuti hero kedua, Dr. Farhan Lim, ayah kepada Rayyan isteri kepada Amnina , abang ipar kepada Amin merangkap satu-satunya menantu yang ada disitu. Hero ketiga , tak lain tak bukan Profesor Amin Zahari yang membosankan .
Nampaknya mereka benar-benar rajin membersihkan rumah kerana sayangnya kepada Rayyan,
Sambil mereka mengemas dan membuat kerja pembersihan , mereka sibuk membincangkan isu Politik dan Ekonomi . Maklumlah mereka bertiga ni boleh dikatakan berpengaruh dalam kalangan ahli politik. Ilmu dan kepakaran mereka tidak terhad dalam bidang sains sahaja!.

Masa berlalu dengan begitu pantas, disebabkan jam menunjukkan sudah 2.30 pagi , Dr.Farhan dan Profesor Bazli perlu melelapkan mata, orang berusia katakan. Amin hanya tersenyum kerana dia yakin kelak dia juga akan bertindak demikian."Yang tua dihormati,yang muda disayangi "bisik hati kecilnya.

Jadi tingallah dirinya seorang mengemas rumah dengan lengkap berpakaian kemeja dan tali leher serta seluar slack yang masih belum ditukar ketika pulang dari kerja. Sengaja dia memasang televisyen untuk memecah sunyi di ruang tamu mereka yang luas itu.
Dalam dia asyik mengemas dia terjumpa gambar-gambar sekolahnya , masih segar di ingatan akan sekolahnya di Kampung Teluki , Bukit Sentosa yang sentiasa menghijau pohon-pohon. Tiada kekacauan di jalan-jalan dan paling penting keramahan penduduk kampung. Setiap gambar pasti ada makna buat dirinya,ternyata dia masih ramai kenalan yang sudah lama terputus hubungan,sedang dia asyik membelek album sekolahnya dan kehidupan di kampung,dia terjumpa satu gambar memaparkan dirinya dengan seorang gadis lengkap berpakaian pengawas berwarna biru dan manis bertudung ..
"Intan Nazira?" ucapnya perlahan. Dia benar-benar mahu mengetahui lanjut tentang gadis itu..

Dia menyandarkan kepalanya di bahagian kanan sofa sambil mengenang semula zaman persekolahannya di Kampung halaman Ayahnya di Bukit Sentosa.

----------

Amin,kemas barang cepat. Kita kena balik kampung , ibu mengejutkan Amin sambil tergesa-gesa mengemas pakaian . Amnina juga buntu dengan tindakan ibunya yang tiba-tiba mahu pulang ke kampung ketika hari sekolah .
"Ibu? kenapa kita kena balik kampung? , It's school day , I've a lot of things to be done" Ibu hanya mendiamkan diri dan hanya beberapa ketika dia menjawab ringkas " aki is gone, he's gone" mendengar jawapan tersebut dari Puan Sulaiha barulah Amnina mengerti. Berat sekali hati mereka untuk menerima hakikat ini. Profesor Bazli tidak dapat turut serta ke pengebumian ayahnya kerana dia berada di Paris dan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai program kerjasama Sains Nuklear antara kerajaan Malaysia dan Perancis . Kekesalan  itu kekal hingga ke hari ini , dia benar-benar berharap agar anaknya tidak melakukan perkara sedemikian kelak.

Amin yang tidak mengetahui apa hanya bersiap-siap dan terus mengemas pakaian ke dalam beg , dia masih lagi dibuai mimpi walaupun jasadnya telah bergerak . Tanpa melengah masa, kesemua mereka menaiki kereta Proton Waja yang serba baru dan moden pada ketika itu . Di dalam kereta Amin terus melelapkan mata , dia tersedar sikit ketika mendengar kakanya menangis . Dia belum mengetahui perkara itu sehinggalah ditegur kakanya, Amnina

"Amin, kau boleh tidur lagi?, Aki is gone" Amnina mengerutkan dahinya kerana tidak mengerti akan sikap adiknya yang masih boleh tidur dengan nyenyak ketika orang lain bersedih dengan pemergian insan tersayang. Mendengar akan perkara tersebut barulah dia bangun dan mula sedar sepenuhnya , seolah-olah tidak percaya ..dia pula menitiskan air mata..berita itu terlalu mengejut , baru sahaja dua minggu lepas kedua-dua mereka bermain di Sungai bersama. Sesungguhnya tuhan maha berkuasa ,sudah tertulis takdirnya. Amin memalingkan muka ke arah cermin kereta dan merenung jauh mengenang detik-detik indah bersama Aki .

Setibanya di perkarangan rumah datuknya , dia bergegas masuk ke rumah dan menghampiri saudara-maranya yang lain. Nenek kelihatan begitu tenang walaupun bakal hidup berseorangan . Dia benar-benar wanita sejati yang sentiasa menjaga kelakuannya di khayalak ramai. Majlis pengebumian diteruskan dengan pembacaan Surah Yaasin dan jenazah kemudian disemadikan di Tanah perkuburan Islam Bukit Beruntung. Walaupun sedih dengan pemergian Aki,dia tetap tabah. Kini dua insan kesayangan dalam hidupnya telah pergi menghadap Ilahi . Aki dan Amizan .
Perasaan marah akan ayahnya Profesor Bazli juga muncul,dia tidak mengerti kenapa Ayahnya tidak menghadiri pengebumian Aki dan lewat menghadiri pengebumian Amizan ,dia tidak boleh menerima hakikat ini, dia bertekad untuk menjadi insan yang sehebat ayahnya tetapi lebih baik dari sudut hubungan kekeluargaan dan keagamaan.

To be continue .. :)