Bukannya Cinta Biasa : Bab 1

"Abang , bila abang nak masuk meminang Unaa ni " kata-kata Husna membuat Emran terdiam seketika , suaranya yang menggoda , menaikkan lagi nafsu Emran untuk menidurinya . Dan bertambah buruk sekiranya seorang gadis berdua-duaan di tempat gelap bersama seorang lelaki ajnabi yang mempunyai sifat Talam dua muka .
Tunggulah ayah abang restu dulu " tidak pernah terlintas pun dalam hatinya untuk menikahi  Husna namun sekadar berakhir dengan  mencari teman pemuas nafsunya , pelbagai cara yang dilakukan oleh Emran untuk memerangkap Husna agar sudi menyerahkan mahkota dirinya.



sekadar gambar hiasan ( courtersy of Lukisan Dakwah Islam @ facebook .com )

Seperti gadis-gadis yang pernah dianayainya dahulu , Itulah cara yang akan dilakukan oleh Emran untuk menganaiyai Husna , lagi-lagi yang hingusan dan tidak ada pelajaran sepertinya . Tapi rancanganya sering  gagal kerana Husna boleh berfikir dengan baik akan  buruk baik sesuatu  perkara .Tapi bukan hari ini , Emran akan tetap mencari jalan untuk agenda jahat nya .
 " Husna sayang , makin hari makin menggodalah" Sambil meraba-raba pahanya .Husna mula rasa tidak selesa , tetapi dibiarnya lagi . Kali kedua , Emran cuba meraba dadanya tetapi  ditepis Husna dengan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini . "Abang , kalau abang dah gatal sangat , cepat-cepatlah masuk meminang " Husna tetap tegas dengan pendiriannya .Tanpa memperdulikan  apa-apa risiko , Emran lantas memegang tangannya dan cuba mencium mulutnya , hanya doa dan Iman sahaja yang akan menjadi benteng pertahanan bagi menyelamatkan dirinya "Abang , sudahlah!" .

Jeritannya di dengari oleh  sekumpulan ahli surau yang datang untuk meninjau keadaan kampung ,jeritannya didengari dan Ahlis surau terbabit dengan segera menyerbu kenderaan tersebut
 " Encik tolong saya " Husna lantas keluar dari kenderaan yang dipandu  Emran dan menundingkan jarinya ke arah Emran . Emran yang ketakutan terus meninggalkan Husna dengan memecut laju kereta porsche berwarna merahnya . Kini Husna kerseorangan dan telah difitnah bersetubuh,hanya rayuan dan tangisan sahaja sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Ayah Husna , Pak Harun mendapat panggilan daripada salah seorang AJK surau yang mengatakan anaknya telah ditangkap , Pak Harun tidak menjawab sepatah pun kerana tergamam dengan tindak-tanduk anak perempuan tunggal kesayangannya.Pak Harunkemudian  bergegas membonceng motorsikal nya ke surau,setibanya disana terdengar kata-kata cacian dilontarkan terhadapnya oleh segilintir masyarakat kampung walaupun cuba ditenangkan oleh Ajk-Ajk surau yang berada disitu.

Pak Harun segera menghampiri Tok Lebai ,kerana dia yakin Tok Lebai buaknlah dari kalangan orang kampung yang suka mereka-reka cerita , ditanyanya dengan nada surau sebak . Namun Tok lebai terpaksa berjujur dengannya walaupun mereka berdua adalah antara orang yang paling disanjung di kampung ini."Harun ,kami sendiri yang pergi tangkap anak kau , bukti ada, bukannya tiada"Ujar Tok Lebai. Anaknya kini berhadapan dengan risiko untuk dibuang kampung kerana telah membusukkan nama kampung Sg Choh. Pak Harun menarik nafas panjang ,memikirkan nasib yang bakal dihadapi anaknya, Ayah mana yang tidak sayangkan anak. Dalam waktu yang getir sebegini, Pak Harun hanya mampu berdoa agar anaknya selamat.

Zikri yang sesat jalan telah termasuk sebuah kampung yang agak terpencil . Tertulis "Selamat Datang ke Kampung Sungai Choh" seolah-olah menyambut ketibaan pengunjung. Suatu cahaya menerangi suatu sudut di kampung itu , tidak syaklah ramai orang kampung sedang berkerumun di keliling surau. " Eh? , sudah jam 1 tapi masih ramai lagi di surau? " Bisik hati kecilnya , entah mengapa dia terlalu menuruti kata hatinya untuk masuk ke dalam surau tersebut.

"Assalammualaikum" suatu suara datang dari arah pintu masuk surau , kelihatan seorang lelaki yang  tenang air wajahnya melangkah masuk dengan kaki kanan,perlahan-lahan menghampiri orang kampung yang lain. "Selamat sejahtera,saudara sekalian boleh saya tahu kenapa anda semua disini?" sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Kehadirannya disitu sebenarnya adalah untuk menunaikan solat isya' setelah lebih berjam lamanya sesat dalam perjalanan pulang dari kenduri khawin salah seorang kenalannya di Johor Bharu , Zikri sebenarnya dalam perancangan untuk pulang ke rumahnya di Kedah.

Pak mod ,salah seorang penduduk kampung lantas berdiri dan menunding jarinya ke arah Husna . memang dari dahulu Pak Mod memang tidak sukakan Husna kerana Pak Harun lebih dhormati walaupun hanya seorang persara tentera berbanding dirinya yang berkerja sebagai seorang jurutera , namun sifat bongkak dalam dirinya membuat orang kampung meluat dan menyampah dengannya"Perempuan ini telah melakukan zina! ,sebab itu kami berkumpul disini bagi membincangkan hukuman yang paling wajar untuk dikenakan terhadapnya!". Pada waktu itu,Zikri memperkenalkan dirinya , seorang pensyarah Usuluddin di salah sebuah IPTA ternama  . Usia -nya 25 Tahun dan pernah berkhawin .

Orang kampung membuat andaian tanpa mempunyai sebarang bukti yang kukuh. Zikri lantas bertindak sebagai seorang "gentleman"dengan mempertahankan Husna sambil meimnta bukti dari orang-orang kampung ."Encik ada bukti yang cik Puan ini melakukan perbuatan tersebut, lantas mereka membalas dengan menunjukkan rakaman telefon yang memaparkan video Husna sedang bercumbu. Zikri menggeleng kan kepalanya dan bertanya lagi , "adakah encik semua tahu sama ada gadis itu dianiayai ? " Kesemua yang hadir ke surau  lantas terdiam apabila diajukan soalan yang sebegitu rupa.

Tiba-tiba, Pak Harun menarik tangan Zikri untuk keluar dari Surau. "tolonglah khawin dengan anak Pak Cik " Rayu Pak Harun. Pada mulanya , Zikri agak keberatan, tetapi setelah dipujuk berkali -kali akhirnya dia setuju, sebagai salah satu jalan untuk menyelamatkan maruah keluarga Pak Harun yang sudah tercemar . Pernikahan di adakan pada malam itu juga. Zikri kemudiannya membuat panggilan terhadap kedua orang tua-nya akan perkara itu dan menjelaskannya,orang tuanya hanya redha sekiranya itu adalah takdir buatnya setelah dua tahun menduda. Zikri sebenarnya baru sahaja kehilingan isterinya, Adawiyah yang meninggal ketika di Palestin dalam menjayakan misi kemaanusiaan di sana.

Husna tidak bisa lagi melakukan apa-apa , melainkan akur akan kehendak ayahnya. Ibunya , Mak Timah datang ke surau dengan membawa sepasang baju kurung berwarna putih yang disulam manik bersama selendang putih untuk dipakai oleh satu-satunya puteri dalam keluarganya, dikenakan sedikit solekan nipis , dan sedikit inai di jari, Husna kelihatan bak bidadari  , Mak Timah kemudiannya mencium dahi puterinya sambil menitiskan air mata , anak bongsunya , Haziq kelihatan begitu marah dan seolah-olah tidak mahu menatap wajah kakak kesayangannya.

Dengan hanya sekali lafaz maka sahlah Husna atau nama sebenarnya , Husna Solehah binti Harun Saadin dan Zikri atau nama sebenarnya , Muhammad Zikri bin Mahfodz sebagai sepasang suami isteri di depan kira-kira 75 orang penduduk kampung. Itulah cinta pandang pertamanya yang kedua selepas Adawiyah , Husna.