Kolej Professional MARA : Bandar Melaka

Assalammualaikum ,


KPM? apa tu? itulah yang semua orang akan tanya balik dekat kita,bila kita kata belajar dekat KPM..stress haha. Jadi harini naklah cerita pasal KPM . KPM ada enam kampus . Kampus Indera Mahkota paling besar kalau tak silap. Kampus paling cantik haruslah Bandar Penawar. Kampus paling jauh KPM Ayer Molek kot? hihi..KPM Beranang paling lama,KPM SI banyak hantar student overseas..and last but not least , yang paling kecil saiz dan jumlah pelajar and paling tak femes..KPM Bandar Melaka.

Tapi , KPM bandar Melaka ni walaupun kecil kami dekat betul-betul kat tengah bandar. Dalam Bangunan Graha Maju. Bersebelahan dengan UiTM Bandaraya Melaka. Asrama ada dua satu Taman Kesidang satu lagi Tun Ali. Tapi selalunya student KPMBM suka sewa luar dari duduk dalam sebab bebas.Kalau duduk dalam banyak peraturan and choice untuk buat aktiviti pun kurang. Melainkan kalau kau jenis yang main fon atas katil..baiklah duduk asrama , ehehehe.

Asrama Kesidang ni menyaksikan segala-gala aktiviti di KPM BM..sebab kami takde dewan besar, takde padang..jadi mengharapkan Taman Kesidang je la..dekat sini asrama tak macam asrama KPM lain. Asrama kami lebih kepada Taman perumahan yang ada 25 biji rumah..keliling semua kampung -kampung , ada sekolah..depan ada klinik kesihatan. So seronok la jugak..nak pergi Bandar Hilir pun dekat kalau naik bas. Kalau dari Kolej merangkap area Asrama Tun Ali, hanya 1 km je dari Bandar Hilir, tapi bukan ikut jalan raya. Ikut lorong-lorong menyusuri sungai..tapi kena pandai cari la..once korg dh tau..hari2 la pi Bandar Hilir.

Tapi student KPM BM tak selalu pi situ , sebab kami lebih prefer AEON , lagi best AEON sebab lagi  dekat and complete semua . Kalau kelas cancel , inilah tempat kami berjimba..huhu. By the way, dekat KPM BM batch aku banyak orang Selangor/Kuala Lumpur..negeri lain minoriti je hoho!..for those yang tinggal di Sabah and Sarawak,don't worry ada yang akan guide anda . MPP mesti ada satu Sabahan atau Sarawakian..so kalau ade problem boleh refer kat diorg.

CAKAP PASAL COURSE :

Diploma Islamic Banking and Finance ( DBF)

-Course DBF ni syaratnya kena "A" matematik untuk PIP student . Kalau lepasan SPM pastikan Math korang ok tau!. Sebab DBF banyak pakai Maths compared to other course. Tapi kalau kredit pun dah okay, cuma jangan la ambik selamat je..pastikan lebih lagi. Sebab KPM ramai student nak masuk and dia ada kuota..lainlah kalau ada yang pakai orang dalam..itu tak tau.Tapi dosa tau macam tu .

-DBF kita akan mula dari belajar conservative dulu, bila dah semester 3,4 dan 5 baru belajar Islamic Banking and bila naik sem 2 korang punya FLG atau foreign language adalah Bahasa Arab..hehe. For those yang tak ada basic , cool je..sebab Bahasa Arab dia ala-ala tadika gitu..baru nak kenal huruf Alif,Ba,Ta tapi jangan ambil mudah ye..sebab ada je yang repeat .

Untuk subjek lain mestilah Akaun,Ekonomi,Maths, Marketing,English and Penghayatan Islam. Belajar fully english , tapi kadang2 lect cakap je dalam bahasa Melayu..jangan risau ok?. Mengenai Pointer, 3.5 dah COPA..yes kids we don't have Dekan here..we're college students..huhu. Tapi kalau straight 5 kali COPA nanti masa grad dapat MOPA , which is the highest ranking/achievement for us KPM students..so apa lagi? kasi pulun!.

Mengenai pembayaran, it's completely free ..dapat elaun RM 300 lagi..tapi jangan membazir,jimat la duit tu tau.Sebab kalau kita kira balik 10 kali 30 baru 300..maksudnya sehari kita cuma belanja RM 10 ..pepandai la bajet ye. Tapi selalu tak cukup pun , jadi macam2 insentif kitaorang ikhtiar. Buat Bisnes, Tone excel , puasa , makan share..tapi itulah life sebagai student , kenangan sekali seumur hidup

DIPLOMA IN ENTREPRENEURSHIP

DeN student tak ramai, setiap intake around 50 something compared to DBF . Tapi jangan tak tau, DeN ni sangat dipandang tinggi oleh MARA . Sebab sekarang MARA nak membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar ..cehh 

Semester 1 DeN okay je , bila dh Sem 2 ke atas meniaga is 50% of your assessment , 50% berpandukan teori . The best part is Student DeN ni berani and kreatif , well business person kan.
Kalau nak beza budak DeN and DBF senang je , budak DeN ni jenis yang gila-gila and ada ja student DeN ni artis tau..hehe , femes la jugak..so apa lagi?

PIP

Program ni untuk baiki markah SPM , macam Pra-Diploma kalau dekat UiTM , jadi kalau tak kredit pun peluang ke KPM tetap ada tau!

Mengenai Lecturer

Madam Zarina
My favee lect , ajar Business Maths and Statistics . Baik and lemah lembut orangnya . Mother type and very caring

Madam Zaefina
Fave jugak , selalu bagi tazkirah . Ajar Micro and Macro

Madam Suriani
Paling best! hehe , baik and sporting dengan students

Basically lect kat KPM semua best , macam sekolah je environment dia.. Cumanya janganlah tak hormat lect, kata Professional..kalau angin diorg tak baik jangan la lawan . Sayangilah Lecturer anda haha

Pasal Makan .

Kat KPM BM ni paling famous ialah medan MARA , makanan sedap and murah . Tapi make sure datang awal sebab selalu je berebut tempat dengan students UTeM, Micost,UiTM and Orang2 yang kerja office around there.
Lain2 , ada Kedai Mak Long , Subaidah ahh banyak lagi..sepanjang jalan Hang Tuah Mall tu ada je gerai yang akan memenuhi cita rasa students hehe.. Kalau gegirls uolls mesti suka lepak kat Cherita Vendour * betul ke eja?

Pasal Pengangkutan

Bas Panorama ke Pokok Mangga untuk ke Asrama Taman Kesidang . Kalau tertinggal bas ke kolej naik je Pokok Mangga. Sebab KPM ni mmg tengah bandar..nak tak nak bas akan lalu gak kat kawasan kolej.

Pasal lain..ha masuk dulu..KPM BM ni walaupun paling kecik tapi paling best..kalau tak percaya tanya students KPM lain hehe




































DBF 1E ..( A memory that will last forever)





Tanpa disedari, rupanya lagi seminggu je kitaorang akan bersama. Masa mula-mula kelas dulu semua malu-malu.Sekarang memang taklah, happening and riuh kot..haha.
Jadi kalau aku throwback masa sekolah, aku half-dying nak survive,nasiblah satu sekolah dengan tempat kerja mama. Jadi bila aku masuk sini berbekalkan keputusan SPM yang biasa-biasa je,aku xpernah sangka jauh gak survive sebagai seorang anak perantau. Tapi sebab classmate and housemate yang baik, aku berjaya gak la survive..cuma sebagai seorang yang average je nak..huhu

KPM ni taklah besar mana. Student 800 lebih maybe?? tapi memang tak sampai seribu. KPMBM is the smallest KPM in Malaysia. Bangunan cuma tiga tingkat and kami takde asrama..kami cuma duduk di sebuah kawasan perumahan yang telah diubahsuai jadi sebuah asrama,Alhamdulillah..walaupun tak lengkap macam KPM lain , kami la paling best sebab dekat tengah bandar. hehe..tapi kalau tertinggal bas.. 5 KM la kau jalan ye.. dapat la feeling merentas desa zaman sekolah dulu hahahaha~



Nak dijadikan cerita, kami dah sampai penghujung semester 1..sedihnye cuma Allah yang tahu , ye la 6 bulan bersama..perantauan takde family, oklah untuk siapa yang dah biasa dengan asrama..tapi yang tak biasa..pasti kau merengek teringatkan katil kau yang penuh dengan air liur basi..bukan aku ok.haha.

Final Exam pun tinggal 1 paper, tu pun gap lama..jadi memang aku decide nak balik , dah lama tak jenguk bukit sentosa . Tapi malam sebelum tu..kami DBF1E telah menganjurkan sebuah parti liar di sebuah restoran ikan bakar yang terkemuka..dengan kehadiran Lecturer ITE, Sir Fauzi ..haha, funny moment never ends..bukan parti liar pun just a makan-makan biase je..tapi memang sedap and murah la..biase la student..mana berkemampuan nak makan mewah sangat.

Tapi that night will leave a whole remarkable memories that will last forever, maybe kalau aku xpergi..I would never knew the feeling that I've to feel my entire life. Sebagai seorang remaja, aku membesar dengan kasih sayang secukupnya, My parents really loved me that I never come home late, hang out with friends without my parents permission. So..nampak tak..betapa baiknya aku..baik ke kah3 . 

Masa makan tu biase je, nothing fun happens cuma best sebab kedai yang kitaorang makan tu cantik and sedap..ala..KFC pun sedap kan? ditambah lagi dengan classmate yg sememangnya baik belaka .
Lepas makan , kami pulang ke asrama taman kesidang untuk hantar orang yang tak nak overnight..ceh mula-mula ramai je turun , sekali..hmm..ngan aku sekali terangkut pi overnight but with my parents permission la..nasib diorg bagi..hehe..

Our first plan is Kolam air panas dekat Jasin , kalau nak tau Melaka banyak kolam air panas yang bukak 24 jam. pukul 1 pagi mandi air panas..haha..5 kereta konvoi pergi berjalan 1 melaka, dari bandar ke umbai ke jasin ke alor gajah ke hilir ke klebang and lastly back to kesidang. Sepanjang perjalanan tu memang semua racing,,kelakar betul kalau ingat balik. So Aku akan rewind balik apa yang jadi malam tu and I really hope bila aku dah tua nanti..aku akan ingat balik semua ni.. :')

8.00-9.30

Makan ikan bakar dekat Parameswara, Umbai . The whole idea adalah dari Sapek but dia xleh join sebab masalah yang tertentu. Masa makan tu memang best la,the best moment nak pilih ikan..kah3 ..tak pandai pilih ikan kot hihi..ikan siakap yang mana, cencaru yg mana. Boleh pulak si Faisal tambah-tambah kata ikan siakap tu ikan tuna. kesian Noryn kena kelentong . Masa makan tu lauk ada 6 jenis for 19 orang , total cuma RM 279.00, murah la jugak . Pandai aku bajet makan berapa ..hehe,puji diri sendiri. Masa makan tu memang happy tengok semua orang happy , sir pun nampak happy classmate yang lain happy ambik gambar.. cherish the moment while it last..betul? kat restoran ni memang betul2 kat Muara Sungai, jadi dia punya pokok bakau nampak cantik sangat masa malam ..makan sedap , pemandangan cantik , bersih..memang puas hati gila (Y).

9.50-10.30

Balik kesidang jap , kononnya nak turunkan aku yang memang tak suka overnight haha,bukan apa aku tak biasa sebenarnya ..aku ni insan lemah yang masih mendambakan kasih sayang..hahaha.Bincang punya bincang kami bersepakat nak overnight ramai2 ..kecuali arina, dia ada hal yang tak dapat dielakkan. Tapi the point is Ika ngan Kak Shae join , yeahhh! ~ bertambah la orang overnight..ye tak? so 5 kereta ni..bergerak ramai-ramai pergi mandi air panas.
The whole time memang racing haha, Melaka jalan besau ..cantik pulak ..takde lubang-lubang..huhu.
Faisal , Kak Shae , Dilla , Zill , Kak chaa adalah driver tak berbayar malam tu . On the way nak ke Jasin memang gelap, tapi meriah sebab kiri kanan rumah orang..tak tau la kot2 tu sebenarnye rumah...hantu..hehehe, sampai je kat Jasin baru sedor yang Tempat tu tutup,,aduh stress betul. Aku dah semangat nak mandi,walaupun tak bawak baju .. =.='

12.30-1.30

There's always plan B for everything that's happen . Alkisahnya, kami terus drive ke sungai gadek..dekat dengan Ayer Molek..punyalah hutan..sekali terjumpa UTEM..Aik..Tersoroknya kau encik UTEM . Sampai je kat sana , masih lagi meriah , bukan ke sepatutnya time macam ni semua orang dah tidur ? haha luckily tempat tu bukak 24 jam. Masuk Kolam air panas RM 5 sekepala,,oklah worth it jugak sebab tempat dia pun cantik , masa kami pergi tu ramai jugak orang..dengan family semua,kami student DBF 1E tunaikan solat Isyak dulu berjemaah.Walaupun dimana-mana ingatlah Allah :).
Habis je solat. semua tukar baju pi mandi biar lencun semua . Sayangnya aku takde baju..sedih jugak sebenarnye .Tapi tengok gelagat masing-masing taklah pishang sangat, Lee mandi air panas macam mandi kat swimming pool keh3..kelako la lee..mung wak gapo mandi hok gitu..broken kelantan..sorry.
Aku rendam kaki while the others mandi kolam tapi semua duk hujung2 kolam je sebab air memang panas..xlah panas sgt 56 degree..kau rase??.

Sir mula2 malu,sekali dia pun mandi.Geng yang takde baju duk melepak je la rendam kaki sambil main wifi..laju lagi wifi kat tengah hutan dari kat Asrama..dapatlah update insta,wechat dan yang sama waktu dengannya. Lepastu , ade orang jatuh dalam kolam..hehe comel sgt..kelako la..nama dirahsiakan :P . Masa tu feeling dia lain, aku rasa sayang sgt kat semua orang although I don't give any happy expression..this is the feeling that I should feel my entire life..bisik hati kecilku. sebenarnya sepanjang perjalanan ni aku menggambarkan diri aku sebagai lelaki dalam cerita Paper Town, acah-acah cari Margo ataupun nama sebenarnya Ummul Umairah hahahahaha.(>_<)

Berjam gak la mandi , kol 3.30 baru gerak balik ke bandar..tapi ceritanya will be continue .. soon ;)

Nota Kaki : I love each one of my classmate, I love them like my very own family..although there's misunderstanding.. I want to let you guys know..I'm always here by your side .