Apa itu Kolej Professional MARA?

Assalammualaikum and apa khabar semua :D




Sekarang ni tengah musim lepasan SPM cari tempat sambung belajar , ye la lepas SPM mesti rata-rata nak sambung belajar . Macam itu jugalah dengan aku .
Al-kisahnya macam ini , orang selalu tanye aku dapat mana, aku jawab la KPM ..semua buat muka tak faham..haha..adess.., dari kawan sampai ke cikgu semua macam blur-blur sikit . Tapi bila sebut kolej bawah MARA barulah diorg faham..tu pun kena explain dengan lagi detail.  ..KPM ni kos pembelajaran dia tersangat murah, siap dapat elaun lagi. Jadi tergerak lah hati aku nak mohon masuk ke kolej Pro Mara ni.

Ini semua bermula sebab mak aku la , dia memang expert bab-bab ni. Mula-mula baca dekat akhbar je yang ada ekspo pendidikan MARA..terus mak aku melaju nak pergi . Mula -mula usha UNIKL..tapi UNIKL banyak bidang engineering yang semestinya pelajar sastera macam aku tak berkelayakan..haha, dahlah Addmath aku disaster ..barang lepas tak payah dikenang lah. Siap ada yang promote supaya aku cuba bidang Medical ASISST. takpelah saya tak minat sains :(

So..masa dapat result SPM tu aku dah mula blur nak sambung apa,nak kata cemerlang biasa2 je..ada yang teruk lagi,buat malu aku je sebagai pelajar Math Tambah. Banyak persoalan bermain minda , banyak tanda tanya dan juga kata kerja..ok melalut sat. Disebabkan gred markah akaun and ekonomi aku tersangat ok jadi berhasrat sangat nak sambung bidang-bidang kewangan , Ekonomi , perbankan dan yang sama waktu dengannya. Dan sebagai pemerhati tegar Politik di Malaysia juga penonton setia Bisnes Awani aku rasa inilah bidang aku ..yes! Islamic banking and financial !

Hasrat sebenar nak usha KPTM , tapi entah macam mana boleh perasan Kolej professional Mara ni..dhlah tu bidang yang memang aku nak pulak . so aku sangat excited bila dengar promoter tu cerita..tak berkedip mata aku dengar, balik 2 je terus mohon . Gilalah..sambil tu ada jugak baca-baca blog pasal KPM ni..rupanya KPM ni ada yang mohon melalui SPC (skim pelajar cemerlang) yang dikhaskan untuk pelajar lepasan MRSM..,pelajar sekolah harian boleh je mohon tapi kena melalui prosedur biasa macam nak mohon UPU and Matriks . Jadi saingan sangat sengit. Budak MRSM vs Budak Sekolah Harian ..bukan mudah menuju langkah ke angkasa..oo yeah.. tapi alhamdulillah..aku dapat jugak masuk KPM dalam jurusan Diploma in islamic banking finance (DBF) .

Jadi Serta-merta buka akaun bank rakyat , sebab KPM akan bagi elaun RM 300 sebulan ..masyukk weh..dahlah free..dapat elaun lagi..hehe~ And Diploma islamic banking and Finance ni cuma ade dekat KPM Bandar Melaka . Jadi sesiapa yang datang Melaka tu..lawatlah aku ye..jangan sombong sangat. Kolej ni betul-betul sebelah UITM Bandaraya Melaka.

Kelayakan minima nak masuk KPM ni kalau tak silap enam kredit , jangan risau..kalau agak2 result tu semua kredit tapi Takde A..masih ada harapan . tapi korang kena masuk Melalui PIP lebih kurang macam PRA-Diploma kalau dekat UiTM. MARA memang betul2 nak tolong orang Melayu kan..Alhamdulillah ..terima kasih MARA kerana menjadikan diri sebahagian dari komuniti anda.
Jadi inilah serba sedikit kisah kolej aku ..untuk tatapan umum..aku akan mendaftar sebagai pelajar pada 23 mei ini..insyaAllah, mudahan semua selamat ..
Nak cerita panjang aku cuma baca dari blog orang sebab aku sendiri belum lagi jadi student .. Oklah that's All for now !