Cita -Cita?

"Ok..murid-murid , dah besar nak jadi apa?"

" Cikgu! doktor! polis! askar!" haha kalau yang rare sikit jurutera haha, masa aku kecik-kecik pun aku cakap cita-cita aku doktor. Kelakar gila , huhu . Ingat senang ke nak jadi doktor?? Sains teras pun setakat biase-biase je hehe..mimpi kanak-kanak yang musnah.

As the time passed kita pun mula memasuki alam dewasa , sooner or later you don't have an option mesti kahwin and ada family . Tapi pernah tak terfikir apalah kerja kau bila dah habis belajar kelak??tipulah kalau tak pernah sebab tuhlah kita diasuh tentang cita-cita sejak tadika , kan?





Well,masa aku form 3 ke form 4 aku punya keinginan nak belajar TESL membuak-buak siap practice cakap faux english lagi. Nak sangat slang omputih but at last aku mula hilang minat sebab aku sedar vocab aku limited and aku rasa ini bukan bidang aku .
Lagipun SPM aku untuk English tak memuaskan plus Addmath aku teruk , so I have to move on..pasrah haha. Btw, sekarang UiTM nak english at least B untuk course professional macam akaun sains, undang-undang..jadi jangan pandang enteng akan kemampuan students UiTM .


So, aku mula pasang cita-cita nak belajar Islamic Banking and finance , pada sesiapa yang tak tahu bidang ni baru and peluang perkerjaan sangat luas . Then, aku pilih course ni sebab aku nak jadi sebahagian dari mereka yang menegakkan syariat islam . So next generation tak perlu all this interest yang bersifat menindas and insurans yang ada unsur penipuan..cewahh,cakap macam aku dah habis belajar je ekekeke. Padahal masih lagi berkerja di Restoran SukhoThai sebagai seorang pelayan yang hensem ;D.

Semalaman aku baca pasal Islamic banking ni , and for what I've been read :

- Malaysia merancang untuk menjadi hab perbankan islam
- Islamic banking ada pasaran kerja yang luas sebab bidang baru
- Malaysia perlukan lebih ramai pakar kewangan islam sehingga tertubuhnya INCEIF ..

Mind map basic concept for islamic banking:-







Yang lain lain aku tak boleh post sebab aku masih kurang faham , bidang ilmu kan infiniti tapi minda aku berinfiniti, silap hari bulan masuk hospital Bahagia karang.
Jadi , aku pun memulakan angan-angan nak buat diploma , degree and finally master .
InsyaAllah aku nak jadi Pakar Kewangan Islam yang berjaya dunia dan akhirat , moga dipermudahkan..

Post ni hanyalah angan-angan dan cita-cita aku untuk masa akan datang , tak semestinya akan terjadi sebab kita memang merancang tapi Allah tentukan . Cuma masa memberi jawapan , tak gitu??