Maafkanku

Harini aku berada di pusara Atuk,pemergiannya boleh dikatakan kerana aku , kenapa aku begitu mementingkan diri sehingga menyebabkan pemergian orang yang tersayang,perasaan sesal yang terbawa-bawa menyebabkan aku sering kali menangis apabila mengenangkan detik ini.


Setiap kali cuti akhir tahun ,aku pasti pulang ke kampung untuk bermain dengan atuk dan nenek ,mereka pasti akan mengikut kehendakku tidak kira apapun.Apa yang diminta ketika hari jadi pasti akan dimakbulkan ,sehingga aku terlalu berat untuk meninggalkan mereka bersendirian , kenangan manis ketika zaman kanak-kanak aku bersama nenek dan datuk tersayang pasti tidak akan dilupakan.

Kini aku mencecah usia remaja , Setahun lagi aku akan mengambil penilaian menengah rendah , tapi sejak kebelakangan ini aku mula malas untuk pulang ke kampung.Bagiku,Datuk dan Nenek tidak mementingkan aku lagi,setiap kali hari ulang tahunku aku pasti akan diberi ciuman dari nenek sahaja ,atau wang saku RM 5 ,huh ! ,ini tidak adil! atok lebih memanjakan adik ,apa yang dihajatkan semuanya akan ditunaikan . Aku cuba menyembunyikan perasaan ini dari mereka,kerana meraka adalah insan golongan emas yang mudah terguris hatinya.

Setibanya di kampung,aku terus bersalaman dengan mereka dan menuju ke bilik yang selalu aku gunakan ketika datang kesini ,entah mengapa aku berasa malas hendak pergi ke sawah,memancing ikan bersama atuk mahupun menolong nenek masak di dapur.Perasaan duka cita yang aku hadapi ini ibarat mengawal diriku dan terus memberontak ketika bertemu mereka,kebetulan pada keesokkan harinya,aku akan menyambut ulangtahun aku yang ke empat belas ,huh ,seperti yang ku jangkakan pasti atuk akan memberikan wang saku tidak melebihi  dari sepuluh ringgit, Huh! ,mana cukup tengok wayang pun Tidak mencukupi inikan pula hendak membeli Baju baru .

Sewaktu makan malam, aku dipaksa turun oleh ibu. Menganggu aku sahaja! Hendak main telefon bimbit aku pun susah. Apakah perasaan yang sedang menghantuiku ini? Adakah tidak puas hati? Aku cuba menyembunyikan perasaan itu dan menjamah masakan nenek. Tetapi bagaikan tiada selera baru tiga suap aku makan, aku terus berlalu dari situ dan membasuh pinggan di dapur. .Pada ketika itu ,atuk datang menghampiriku dan bertanyakan apa masalah yang sebenarnya aku hadapi, aku terdiam seketika . Tapi sebab berulang kali disoal oleh atok aku akhirnya terus berjujur dengannya , ketika itu ,aku tahu yang dia begitu ambil hati dengan aku ,tapi aku tak kisah yang penting aku dapat apa yang aku hajatkan!.

Keesokannya,ketika aku bangun dari tidur aku terdengar suara orang ramai sedang membaca surah Yassin.Disebelah sana kelihatan Ibu sedang memeluk adik sambil menangis teresak-esak .Hati yang ceria ingin menerima hadiah dari atuk bertukar menjadi sayu tiba-tiba.Oh tuhan ,apa yang telah aku lakukan.
Tiba-tiba Maksu masuk ke dalam bilik  dan terus memelukku sambil menangis , "Baru semalam atuk pesan maksu belikan hadiah untuk kau , tapi tak sangka yang atuk akan pergi meninggalkan kita semua ".


Pada saat itu, air mata aku mula mengalir , badanku berasa begitu lemah,kenapa aku terlau mementingkan diri?! kenapa aku terlalu bodoh,Aku tak sepatutnya cakap macam itu kepada atuk ,maafkan daku Atuk...aku takkan dapat memaafkan diriku sendiri,cukuplah sekali kehilangan orang yang tersayang,aku tidak boleh laluinya lagi.

-Amir Faris- Ini cerpen pertama yang aku siapkan tanpa pertolongan dari kawan-kawan,selamat membaca :D