Cekodok Pisang :3 (BAHAGIAN 1)

"Selamat sejahtera, cikgu!" Ucap Arash selaku ketua kelas 2 Aman. Semua murid turut mengikut mengucap selamat.

Guru yang memasuki kelas tersebut membalas ucapan mereka sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya yang menambahkan lagi seri pada wajahnya yang mulus itu. Semua pelajar mengenalinya. Manalah tidak, dialah cikgu paling cun di sekolah itu!

"Hmm. Cikgu tidak berapa sihat hari ini. Suara pun tak ada. Kamu semua boleh buat kerja masing-masing. Tolong jangan buat bising, ya. Kelas kamulah yang paling bising dekat sekolah ini." Katanya dengan suara yang sedikit serak sambil menyelak buku latihan murid-murid kelas 2 Falakh, kelas yang baru sahaja dimasukinya tadi, kelas yang terletak di tingkat bawah blok yang sama dengan kelas 2 Aman.

Seperti biasa, apabila seorang guru yang masuk menyebut sahaja ayat 'Boleh buat kerja sendiri', pastinya ada yang mengambil peluang untuk bergosip dan berbual-bual kosong.

Kalau itulah yang berlaku, semestinya kelas akan menjadi riuh dan bising. Cikgu mana yang akan duduk senang di atas kerusi di hadapan kelas itu kalau-kalau ini berlaku. Cik Saleha yang tidak sihat pada hari itu juga sudah tertahan-tahan untuk meledak kemarahannya. Nasib dia tidak sihat, bulan puasa pula pada waktu itu. Jadi, risaulah pula dia akan berkurang pahala puasanya sebab marah-marah.

Syafiqa, Syazwani, Shariza dan Nadira kelihatan begitu tekun mengulang kaji. Cik Saleha yang sudah tidak tahan akan keadaan itu berdiri lalu menghampiri mereka. Gambar-gambar artis kesayangan mereka berserakan di atas meja. Gambar Justin Bieber ada, Lee Min Ho ada. Macam-macamlah yang ada.

"Shariza, Syazwani, Nadira, Syafiqa, tolong kemaskan meja ini, tidak eloklah berselerak macam ini." Cik Saleha menegur mereka dengan penuh hemah sambil tersenyum dan menampakkan lagi lesung pipitnya yang menyerlahkan keayuan wajahnya.

Shariza membalas senyuman Cik Saleha, lantas mengajak Cik Saleha duduk bersama. Tanpa diduga, Nadira bertanyakan sesuatu yang menggegarkan jantung Cik Saleha yang segera berdegup dengan kencang dan pantas.

"Cikgu pernah bercinta sewaktu zaman sekolah-sekolah dulu?"

Cik Saleha hanya mendiamkan diri dan cuba menenangkan dirinya walaupun jantungnya sudah berdegup dengan cepat.

Naun, tiba-tiba bibirnya yang terkunci rapat terbuka bagi menjawab jawapan itu walaupun suaranya serak-serak dan asyik batuk-batuk. Dia terus bercerita. Bercerita tentang sejarah silamnya..

Kisah bermula sewaktu dia sedang bersekolah di sebuah sekolah swasta..

Siapa yang tidak mengenali Siti NurSaleha Baharum. Satu sekolah tersebut mengenalinya! Bapanya seorang peniaga cekodok yang berjaya. Kejayaan itu telah membawa gelaran Dato' dan mempunyai 80 buah kilang cekodok di seluruh negara!

Ibunya pula seorang wanita Inggerris yang cantik yang berkerja sebagai seorang Pengurus Besar di syarikat BMW CO.

Kisah cinta monyetnya bermula begini..

Setiap kali ayahnya mengadakan sambutan ulang tahun ibunhya, pasti ramai golongan bangsawan yang akan hadir. Itu sudah menjadi kebiasaan. Semuanya orang-orang kaya dan, yang pastinya golongan bawahan hanya dipandang dengan sebelah mata. Sudah menjadi kewajipan, akan ada banyak makan yang dihidangkan. Saleha pula berasa tidak selera dengan semua makanan yang dihidangkan kerana kebanyakannya makanan barat yang tidak menepati deria rasa pada lidahnya.

"Ah, bosanlah tiap-tiap hari makanan barat, kenapalah mama dengan papa aku ini tidak mahu mengubah perangai mereka ini, terlalu mengikut budaya barat...HAH!" keluh Saleha seorang diri.

Setelah sekian lama menunggu tetamu terhormat majlis ini akhirnya tiba juga. Dato' Azlan, merupakan seorang bangsawan dan berasal dari keturunan kerabat diraja. Amar anak kepada Dato' Azlan pula merupakan seorang yang pintar ,kacak tetapi selalu merasa kan kekurangan pada dirinya. Ini adalah kerana dia tidak mendapat kasih sayang daripada bondanya yang sudah menghembuskan nafas yang terakhir tiga tahun lalu.

Persamaan yang tidak diduga. Amar dan Saleha lebih sukakan cekodok pisang walaupun banyak lagi hidangan yang menyelerakan yang telah disediakan.

"Awak suka cekodok pisang?" soal Amar sambil tersengih-sengih.

"Ya. Kenapa tanya? Aku sudah muak dengan masakan barat! Berminyak, menggemukkan!" balas Saleha sambil mengunyah cekodok pisang dengan gelojoh. Amar hanya tersenyum sambil memerhatikan aksi Saleha yang padanya terlalu kelakar dan menjengkelkan.

"Saya pun bukannya suka sangat dengan masakan barat. Tidak baik untuk kesihatan. Awak percaya atau tidak bahawa saya sendiri reti membancuh tepung dan menggoreng cekodok pisang!" Kata-kata Amar membuatkan kunyahan Saleha berhenti. Dia merenung ke arah wajah Amar. Pandangan mereka bertembung. Seperti ada renjatan elektrik yang hadir dalam diri mereka. Jantung berdegup kencang. Kedua-duanya sudah salah tingkah dan kaku di situ.