Erti Kehidupan , Bab 2 ( Mengenang detik itu)


Selesai pegebumian Aki , semua hadirin mula pulang ke rumah , kini hanya Amin ,Amnina,Puan Sulaiha dan nenek sahaja yang masih berada disamping pusara Aki .
Saudara-maranya yang lain perlu beredar kerana hal kerja . Aki tidak menegerti akan sikap adik beradik ayahnya dan ayahnya sendiri. "Sibuk mengalahkan Perdana Menteri"
getus hati kecilnya.

Cuaca mendung menandakan hari akan mula hujan, " Dah,Amin , nina , jom balik , mak , jom? shall we?" . 
Kata Puan Sulaiha perlahan, tapi tiada respon yang diberikan oleh ketiga-ketiga mereka.Puan Sulaiha hanya mediamkan diri dan memerhatikan ketiga-tiganya.
Amin menatap wajah nenek, dia mengerti akan perasaan nenek yang benar-benar sedih . Tetapi tetap bersabar dan masih boleh menghabiskan Surah Yaassin dengan baik dan lancar sekali.Jauh sekali dengan dirinya yang menangis dan tidak menghadiri sekolah lebih dari sebulan ketika pemergian adik bongsunya,Amizan.

Setelah berkali-kali dipujuk Puan Sulaiha barulah mereka beredar.Kereta Waja diparkikr tidak jauh dari situ,pergerakan Amin yang paling perlahan. Seolah-olah tidak sampai hati untuk meninggalakan Aki disitu keseorangan. Masuk sahaja ke dalam kereta hujan lebat mula turun membasahi muka bumi seolah bersama-sama menangisi pemergian Aki. Masing-masing hanya mendiamkan diri di dalam kereta seolah-olah tidak bermaya untuk bercakap.

------

Pada sebelah malam , penduduk kampung telah  berkerjasama untuk menganjurkan majlis tahlil Aki atau nama sebenarnya Muhammad Samad atau lebih dikenali dengan nama Pak Mat dalam kalangan penduduk kampung. Sudah menjadi adat masyarakat Kampung ini untuk membantu antara satu sama lain,ada juga mulut-mulut jahat yang mengata buruk tentang profesor Bazli kerana tidak menghadiri pengebumian ayahnya sendiri, tetapi apakan daya,Profesor Bazli berusaha untuk pulang walaupun dia terlepas untuk menghadiri pengebumian ayahnya .

Memandangkan hanya Amin satu-satunya wakil lelaki dalam keluarga itu , dia menggalas amanah dengan begitu baik sekali untuk mengetuai keluarganya,sehingga disenangi oleh penduduk kampung apatah lagi dia mudah mesra terutamanya Imam besar Masjid As-salam , Kampung Teluki , Ustaz Yusoff. Walaupun baru berusia belasan tahun tetapi dia sudah mampu mengetuai bacaan doa dan Yassin serta melayan para tetamu.Imam Yusoff sangat berhasrat untuk menjodohkan anaknya , Solehah dengan Amin. Solehah juga kelihatan suka akan perwatakan Amin yang begitu menyerlah dan mencairkan hati setiap anak gadis yang ada disitu.
Ada juga makcik-makcik yang mengusik dirinya agar dijodohkan dengan anaknya kelak. Amin hanya tersenyum malu melayan kerenah makcik-makcik tersebut.

Nenek juga senang melihat cucu kesayangannya itu tidak mewarisi sedikit pun perangai anak-anaknya yang lain.Terlalu kebaratan sehingga lalai dalam tanggungjawab. Tetapi dia tidak mahu menyampaikan kemarahannya kepada anaknya bimbang kalau berlaku peretakan hubungan antara mereka. Perangai Amin lebih kepada Arwah Aki yang terkenal di Kampung kerana kelantangannya memperjuangkan Pendidikan untuk orang-orang Melayu terutamanya di kampung-kampung.
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga adalah hasil perjuangan datuknya bersama ahli akademik yang lain. Aki juga seorang pensyarah Melayu yang menguasai bidang matematik dan berkhidmat dalam melahirkan lebih ramai guru-guru melayu di Institiut Perguruan temenggung Ibrahim dan disitu juga dia bertemu jodoh dengan nenek yang berkerja sebagai kerani .

Disebabkan hari sudah mula larut malam, penduduk kampung mula beredar, mereka perlu kembali ke rumah untuk menyelesaikan hal-hal dan aktiviti harian mereka yang lain. Banyak juga wang yang dihulurkan masyarakat kampung kepada nenek . Nenek tidak mampu membalas kebaikan orang kampung,cukuplah hanya doa, biar Allah yang membalas.

Selesai solat isyak Amin duduk di sofa untuk menenagkan fikirannya entah macam mana, Amin akhirnya terlelap di sofa ruang tamu neneknya.
Sedang  dia nyenyak tidur, ada suara-suara manusia yang mengejutkan dia dari tidur. Suara itu kedengaran seperti suara Ibu dan nenek yang sedang berbual dan datang dari arah dapur.

Amin perlahan-lahan menghampiri mereka , dia benar sekali ingin mengetahui perbualan kedua insan yang disayanginya itu .Dia bersembunyi di dinding di sebalik pintu dapur dan memberikan sepenuh tumpuan kepada perbualan itu.
"bukan apa mak..biarlah Amin habiskan tingkatan 4 disana."  Kata Puan Sulaiha memujuk ibu mertuanya. Amin semakin berminat untuk mendengar perbualan itu kerana namanya berkali disebut-sebut.
Rupanya barulah dia mengerti, nenek mahu dirinya tinggal duduk di kampung untuk meneman dirinya . Amin hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka yang semakin rancak.

Tiba-tiba suara Profesor Bazli muncul , dia turut sama serta dalam perbualan itu . Profesor Bazli baru sahaja tiba di rumah nenek kira-kira setengah jam yang lalu.
Profesor Bazli juga seperti enggan melepaskan anaknya ke pangkuan ibunya yang berada di kampung. Begitu juga dengan Amin, Sudah semestinya dia tidak mahu berpisah dengan kedua orang tuanya, tetapi nenek tetap bertegas untuk membenarkan Amin duduk bersama dengannya. Amin perlahan -lahan beredar meninggalkan tempat persembunyian tadi. Dia tidak mampu memberikan sebarang respon terhadap dirinya. Dia rasa bersalah , dia tidak tahu untuk memihak kedua orang tuanya atau nenek.

------------
Keesokan pagi , Amin dikejutkan Profesor Bazli untuk menunaikan solat subuh di Masjid. Amin hanya mengangguk dan terus bersiap-siap untuk ke masjid bersama Ayahnya.
Setibanya mereka di Masjid, orang kampung berpusu-pusu mahu bersalaman dengan ayahnya sambil memberikan ucapan takziah . Ayahnya adalah ikon di kampung kerana sering kali mendapat penghargaan dari Kerajaan , Badan-badan Sains dunia apatah lagi sering diundang untuk berada di kaca Televisyen . Imam Yusoff yang bersalam dengan ayahnya memuji kehebetan dirinya..tiba-tiba sahaja dia turut memuji kehebatan Amin .  Profesor Bazli berasa hairan , seolah-olah ada sesuatu yang tidak diketahui dirinya. Ada juga dari kalangan jemaah seolah-olah menyindir dirinya kerana mengabaikan pengebumian Aki. Tetapi Profesor Bazli begitu professional dan tidak bertindak mengikut emosi walaupun kata-kata itu memberi libasan yang tepat atas dirinya.

Selesai mereka menunaikan Solat subuh berjemaah,mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Yusoff. Doa juga turut menyelitkan bacaan buat kesejahteraan Aki di atas sana.

Ketika Amin dan Profesor Bazli hendak beredar mereka dihampiri Imam Yusoff. Kedua beranak itu serentak menghulurkan tangan untuk bersalaman. Ternyata gerak geri mereka juga bertindak serupa dalam satu masa. Tujuan Imam Yusoff ke menghampiri mereka adalah untuk bertanyakan tentang Amin. Kerana Amin kelihatan benar benar bijak ketika mengetuai majlis tahlil datuknya. Dia ingin sekali ada pelajar seperti itu di Pusat Tahfiz-nya.

Tapi niat sebenarnya ialah dia hendak menjodohkan Amin dengan anaknya , hasrat itu diluahkan Imam Yusoff kepada Profesor Bazli , mendengar perkara itu riak wajahnya terus berubah. Dia tidak mahu berkahwin sebegitu muda. Ayahnya Profesor Bazli tersenyum melihat riak wajah Amin yang benar-benar terkejut dengan hasrat Imam yusoff. Profesor Bazli menerangkan yang Amin baru berusia 16 tahun. Mendengarkan berita itu Imam Yusoff tertawa kecil. Sangkaannya meleset..dia menyangkakan Amin sudah berusia awal 20-an..rupanya silap. Amin lega mendengar jawapan yang diberikan Profesor Bazli.

Sebagai tanda kemaafan , dia menjemput Profesor Bazli dan Amin untuk bersarapan di kedai Pak Abu yang tidak terletak jauh dari situ. Pada mulanya mereka agak keberatan tetapi  Imam Yusoff tetap dengan pendiriannya untuk membelanja kedua beranak itu . Disebabkan keduanya rasa bersalah mereka bersetuju dengan pelawaan Imam Yusoff.

----------


Gerai Pak Abu baru sahaja dua hari lepas didatangi oleh krew Jalan-jalan cari makan, jadi berpusu-pusu pelanggan datang ke gerai, ada yang jauh daripada Sabah hadir kesitu untuk merasai sendiri Nasi Lemak Ayam Pak Abu yang ternyata begitu lazat rasanya. Sememangnya gerai begitu sesak walaupun jarum jam baru menujukkan enam setengah pagi. Kelihatan juga Pelajar Sekolah mula berjalan menuju ke sekolah. Gerai Pak Abu menjadi tempat persinggahan wajib atau "port" buat pelajar-pelajar sekolah untuk membeli Nasi lemak mahupun kuih -muih. Ternyata pelajar disini sangat berlainan ketika di sekolahnya di SMK Hartamas , Kuala Lumpur . Disana hampir kesemuanya pergi ke sekolah menaiki Kereta mewah dan dihantar oleh pemandu-pemandu peribadi . Amin antara pelajar yang hadir menaiki basikal bersama pelajar-pelajar dari kelas sosial yang lebih rendah.Tetapi reputasi dirinya membuatkan dia digilai ramai gadis -gadis termasuklah selebriti remaja Malaysia , Nina Wong yang sering kali menjadi penghias kulit depan majalah-majalah di Malaysia.

Tidak seperti sekolahnya di Kuala Lumpur, pelajar di Kampung kelihatan lebih mesra dan pandai bergaul dengan orang-orang tua. Kesemuanya lengkap bersongkok. Yang gadis, ada yang bertudung labuh hingga ke paras pinggang.Jarang sekali untuk melihat keadaan begitu di Kuala Lumpur.
Kira-kira lima minit kemudia, air yang dipesan pun tiba. Seorang gadis lengkap berpakaian Sekolah berwarna biru menghulurkan minuman yang dipesan . tertera namanya pada tag nama yang tertulis Nazira. Amin terpukau dengan kejelitaan gadis itu . Belum sempat dia mengucapkan terima kasih,gadis tersebut beredar. Dia perlu segera ke Sekolah .

"Itu cucu Pak Abu? manis wajahnya" Tanya Profesor Bazli kepada Imam Yusoff. Imam Yusoff mengangukkan kepala. Mendengar akan hal itu Amin sengaja bertanyakan soalan yang lebih lanjut kepada Imam Yusoff.
Satu demi satu soalan ditanya. Rupanya gadis itu telah kehilangan kedua orang tuanya kereta masih lagi menuntut di Pra-sekolah. Ayah dan ibunya meninggal kerana kemalangan jalan raya akibat dari pemanduan pemandu lori yang cuai. Barulah dia mengerti mengapa gadis itu tinggal bersama dengan datuknya, Pak Abu dan neneknya , Mak Yati.

Amin menikmati Nasi Lemak Ayam yang diperkatakan ramai setelah makanan yang dipesan tadi tiba. Rasanya begitu enak sehingga terkedip-kedip matanya. Kalah Iklan KFC seperti di dalam Kaca TV. Sambil makan dia menjeling ke arah Nazira  . Wajah gadis itu kelihatan begitu tenang dan adakalnya di memaling semula wajahnya ke Amin dan memberikan senyuman. Amin tersenyum malu dan terus menjamah nasi lemak tadi dengan penuh selera.
 Nazira kelihatan bersalaman dengan Pak Abu . Dia kemudian beredar meninggalkan gerai untuk menuju ke sekolah yang tidak jauh dari situ.
-----

Malam itu, Nenek memanggil Amin ke dapur dengan suaranya yang nyaring diselang seli dengan batuk-batuk. Kedengaran serius kerana nenek selalunya akan berdiam diri dan tidak banyak bercakap. Paling dahsyat tindakan nenek ialah memberi nasihat yang membina walaupun sedikit pahit.

"Amin? teman nenek di kampung boleh ?? Itulah kata-kata yang diucapkan nenek setibanya dia di perkarangan dapur. Amin mula diselebungi rasa bersalah . Puan Sulaiha dan Profesor Bazli turut muncul. Hasrat mereka adalah untuk bertanyakan sendiri kepada Amin . Begitu juga nenek . Amnina yang baru sahaja hendak melangkah ke dapur terus beredar melihat akan perbualan tersebut yang kelihatan begitu serius.

Amin perlu yakin akan keputusan dirinya , apa jua dia sudah matang untuk membuat keputusannya sendiri.
"Ibu, Ayah..I want to stay here with nenek"
Jawapan itu benar-benar menggembirakan hati nenek. Tetapi ditentang hebat oleh Profesor Bazli.
"Why? what we've done to you? you ungrateful child!" Profesor Bazli tidak boleh menerima keputusan anaknya itu yang kelihatan begitu terburu-buru. Tetapi mereka memerlukan jawapan segera kerana nenek sudah tidak sabar lagi.

"what does it feel when the people that love you leave you , back in KL , I'm alone mom. I don't have anything there..let me be here with nenek and spend with her every moment that she have? boleh kan?"
Profesor Bazli dan Puan Sulaiha hanya mendiamkan diri. Ternyata Amin sudah begitu matang untuk membuat keputusannya sendiri . Tetapi ianya disertakan dengan syarat,Amin perlu tinggal bersama kedua orang tuanya itu sehingga dia tamat Peperiksaan Akhir Tahun sebelum diserahkan ke pangkuan nenek.

Nenek diam mendengarkan perkara itu , tetapi dia yakin Profesor Bazli bukanlah seorang yang akan mudah memungkiri janji yang telah dimahkotakan . Dalam masa yang sama Amnina yang mendengar akan perkara itu terkejut dengan tindakan ayah yang tiba-tiba mudah beralah. Mungkin dia rasa bersalah kerana tidak menjadi anak yang baik buat orang tuanya sepanjang hayatnya ini. Tekaan Amnina sememangnya tepat. Itulah yang ada disebalik sanubari Profesor Bazli.

Puan Sulaiha seperti tidak menentu arah memikirkan anaknya, dia pasti akan pulang ke kampung setiap minggu untuk melepaskan rindu kepada anak kesayangannya itu. Nenek pula begitu gembira kerana dia bakal ada peneman. Nenek enggan ke bandar kerana dia tidak mahu membiarkan ayam dan lembu ternakannya di kampung tidak terjaga. Ayah pula kelihatan sedang membaca akhbar-akhbar lama tentang perjuangan ayahnya. Amnina..dia hanya mampu tersenyum melihat keberanian Amin , dia tidak menyangka adik yang sering dia jadikan mangsa buli itu berkebolehan lebih dari itu.
Itulah yang berlaku sebelum waktu tidur di rumah nenek. Setiap dari mereka ada sesuatu yang bermain di minda. Bagi Amin dia telah membuat keputusan yang tepat!.