Teman Setia

Namaku Alif,aku dilahirkan pada 10 disember 1997 , sejak dari kecil lagi aku tidak dibenarkan keluar dari rumah kerana aku telah disahkan menghidap sejenis penyakit kulit yang jarang-jarang ditemui. Kulitku akan melecur apabila aku terkena matahari. Tapi, aku suka melihat rakan - rakan yang sebaya dengan aku yang asyik bermain-main. Selalunya, aku akan memerhatikan mereka melalui tingkap bilikku yang menghadap ke arah padang permainan.

Ibu bapaku sentiasa sibuk bekerja. Jika mereka keluar bercuti sekalipun, mereka akan meninggalkan aku bersama-sama pembantu rumahku,Kak Imbi. Kak Imbi sudah ku anggap seperti ahli keluargaku sendiri kerana dia lah yang sentiasa berada di sisiku saat suka dan duka. Kadang-kadang terdetik rasa terkilan akan sikap ibu bapaku namun semua itu tidak aku hiraukan kerana aku yakin setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya.


Sewaktu kanak-kanak lain bersekolah, aku hanya duduk dirumah. Ayahku yang mengajar aku sepenuhnya. Ketika aku berusia 10 tahun, aku telah mahir dalam selok belok formula Math. Bagiku, waktu-waktu sebegitu adalah waktu yang berharga kerana hanya pada waktu itulah aku dapat meluangkan waktu bersama ayahku. Terlupa pula! Ada seseorang lagi yang belum aku ceritakan. Kakak ku! Satu-satunya kakak yang aku ada. Tapi, kakak ku bersekolah di asrama penuh jadi kami jarang berjumpa.

Semakin hari, keinginanku semakin mendalam untuk mempelajari dunia luar. Malangnya, cuma ensiklopedia yang menjadi bahan rujukanku. Pada suatu hari, aku curi-curi keluar. Pada waktu itulah aku mula mengenali Sarah, jiranku yang selama ini hanya aku kenali di sebalik tingkap. Bagaimana aku mengenalinya? Okeylah…Begini ceritanya. Adiknya tidak sengaja terlontar bola ke kawasan rumah aku. Itulah kali pertama aku bercakap dengannya. Dan itu jugalah kali pertama seorang perempuan bercakap denganku sambil tersenyum. Entah mengapa hatiku berbunga riang. Adakah ini cinta? Tak mungkin!

Suatu hari, ketika aku sedang ralit membuat latihan Maths, pintu rumahku diketuk. Ah! Aku biarkan saja. Biasanya Kak Imbi yang akan buka pintu. Eh! Alamak! Mana ada Kak Imbi. Kak Imbi ke pasar. Dengan malas ku seret kaki ini ke pintu. “Sarah!” Aku terkejut bukan kepalang. “Erm..saya dengar awak handal membuat Maths jadi boleh awak ajar saya?” “Erm…Mestilah boleh! Masuklah!”aku terkedu sebentar ,Pada saat itulah bermulalah perkenalan kami.

Pada waktu itulah aku rasakan bahawa ada sesuatu yang lebih menarik daripada belajar Maths iaitu Sarah! Aku sering menghabiskan waktu bersamanya. Belajar. Bermain piano. Berkongsi cerita. Aku gembira setiap kali bersamanya. Tuhan! Biarkan aku selalu bersamanya. Namun, kegembiraan ku tidak berpanjangan. Sarah tidak lagi datang berjumpaku. Ke manakah dia? Berhari-hari aku tidak melihat kelibat dirinya.

Sehinggalah suatu hari aku mendengar khabar daripada Kak Imbi yang Sarah sakit. Puas aku mendesak KakImbi membawa aku bertemunya. Akhirnya Kak Imbi setuju. Namun, semuanya sudah terlambat. Sarah pergi meninggalkan aku untuk selamanya. Yang tinggal cumalah kenangan kami bersama dan sepucuk surat darinya
 
Alif. Maafkan saya. Saya tak sanggup untuk menceritakan tentang penyakit saya setelah mendengar semua cerita-cerita awak. Alif. Tolong tunaikan hasrat terakhir saya. Saya nak awak teruskan hidup dan jangan pernah berputus asa. Demi saya.

Yang benar,
Sarah.

Surat itu kulipat kemas. Akan ku tunaikan hasrat terakhir Sarah. Itu tekadku!