Cinta Terindah I

"Annie ,kenapa kau pergi meninggalkan aku?,adakah ini satu takdir untukmu atau untukku"Air mata Halim mula turun membasahi pipinya,pemergian Annie dari hidupnya ibarat hilang separuh nafas "Kalaulah engkau masih berada disini menemani aku".

Krring..kring! Loceng telefon Halim berbunyi dengan kuat menandakan waktu pagi,baru sahaja malam semalam dia bertengkar dengan Annie kerana cemburu buta melihat Annie berdua-duaan dengan Fadzli"perempuan tak guna,sengaja je buat aku hilang mood pagi-pagi ni" Halim terus mencapai tuala yang berada di penyandang pintu tandasnya lalu masuk ke tandas untuk bersiap-siap ke tempat kerjanya.

"sayang please forgive me, i dengan dia just bual-bual kosong, dia kawan sekolah i dulu" Annie mengirimkan pesanan ringkas kepada halim ,Annie paham akan perasaan cemburu halim yang memang sudah menjadi kebiasaan buat dirinya.Pesanan tadi sengaja halim tidak balas,kerana masih marah dengan apa yang terjadi "sekarang baru kau nak cari aku , malam semalam kemain lagi menggatal" lalu mematikan telefon bimbitnya.


Dengan perasaan hampa,Annie terus mengambil kunci keretanya dan terus keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekerjanya "sudahlah halim kalau  macam inilah perangai  kau memang kau tidak layak untuk menjadi seorang lelaki".Annie terus memecut laju keretanya tanpa menghiraukan keadaan disekelilingnya. Dengan perasaan penuh kecewa , Annie mula mengalirkan air matanya , kerana terlalu sedih diatas masalah yang telah menyebabkan pertengkaran di antara dia dengan Halim. "Aku Benci kau Halim!" bentak hati kecilnya ,perasaan kecewa itu membuatkan dia tidak dapat menumupukan perhatian untuk memandu keretanya lalu merempuh sebuah treler dan terbabas ke tepi jalan .

Sudah beberapa kali ibu Annie menelefonnya,tapi ianya langsung tidak dihiraukan, seperti biasa apabila mereka bertengkar,ibu Annie yang akan menyelesaikan masalah mereka berdua ,"Ah! apa lagi yang orang tua ni nak!anak mak sama je " dengan  perasaan marah membuak-buak Halim terus mencapai telefonnya dan menjawabnya dengan nada tegas "Makcik! saya dengan Annie akan berputus! saya akan membatalkan majlis pertunangan saya dengan Annie! ".
"Halim annie sudah tiada , Annie dah pergi buat selama-lamanya "kata ibu Annie dengan nada teresak-esak. Kata-kata ibu Annie membuat Halim terdiam kaku, telefon yang dipegangnya terjatuh dari pegangannya,hatinya ibarat hancur berkecai lalu terduduk dan mula menyesal akan perbuatannya....

Bersambung...