Gadis keji

EPISOD 1 : UPSR


Malam itu hatiku berdebar-debar, aku hanya mampu berdoa agar keputusan UPSR ku mencapai tahap usaha yang telah aku lakukan selama ini. Ketakutan juga telah mula menguasai diriku.. Mungkinkah ini takdirnya?

Separuh daripada mereka telah diumumkan keputusannya, sudah tentulah ianya dimulakan dari kelas A. Kelas D macam aku ni, mungkin hanya 50% sahaja yg boleh mencapai keputusan cemerlang, paling kurang pun 1A...

Tiba-tiba Puan Hasnah memanggil namaku. Disaat itu aku mula berasa cemas, langkahku makin lama makin perlahan, dan hanya menunggu keputusan sampai ke tanganku.

Dalam kiraan 3 , aku mahu lihat hasil yang telah aku pelajari selama enam tahun, mungkin ibu kecewa dengan keputusanku. 3,2,1... Sebaik sahaja aku membuka mata, Wah, sungguh tidak percaya aku mendapat 5A!. Oh, Tuhan! Terima kasih !
Tidak pernah selama ini aku mendapat STRAIGHT A'S, Alhamdulillah.

Tapi.. Hani dan beberapa kawanku yang lain mendapat keputusan yang kurang cemerlang, yalah kami ni dari kelas bawahan,,bukannya dari golongan yang pandai seperti mereka.. ermm..

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada NURUL HUSNA BT HAMZAH kerana telah memperoleh keputusan yang amat membanggakan".

Wah, namaku diumumkan, banyak mata-mata yang menjeling ke arahku, mereka seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku perolehi. Hmmm....

Hari itu diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar-pelajar yang memperoleh 5A. Sungguh girang hatiku bercorak bunga-bunga, dengan lantas ku berlalri mendapatkan basikal dan terus mengayuhnya dengan laju.

Tuhan sahaja yang tau apa yang aku rasakan sekarang ini, Alhamdulillah. Aku mula menitiskan air mata.. Sesampainya di rumah, terus aku campakkan beg dan lantas memeluk ibuku lalu menyerahkan keputusanku kepadanya.

"Husna anak Mak". Mak terus memelukku sambil mengucup dahiku.